Skip to main content

Politik

Urusan Melaka biar Melaka urus, tidak perlu campur tangan pusat - DAP Melaka

DAP Melaka, tarik sokongan, ADUN lantikan. cred awani
Khoo (foto) yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka turut memberi isyarat akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) Melaka selepas mengesahkan menjadi pembangkang susulan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri hari ini. -Foto Astro AWANI
Advertisement

AYER KEROH: Keputusan Pakatan Harapan (PH) Melaka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri tidak memerlukan campur tangan kepimpinan pusat, sebaliknya merupakan urusan politik di peringkat negeri, kata Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong.

Menjawab persoalan sama ada keputusan itu mendapat ‘restu’ Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khoo berkata isu berkenaan perlu diselesaikan di peringkat negeri dan kepimpinan pusat mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk diberi perhatian.

“Urusan negeri, biar kita yang uruskan. Perdana Menteri ada banyak perkara yang lebih besar dan serius yang perlu dijaga,” katanya pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khoo yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka turut memberi isyarat akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) Melaka selepas mengesahkan menjadi pembangkang susulan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri hari ini.

"Ini adalah pendirian kita, tiada kena mengena sebab (keputusan) PRN Johor sebaliknya dibuat kerana DUN Melaka hari ini meluluskan usul Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 bagi melantik ADUN lantikan yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

"Ini juga sudah jelas (bergerak solo)," katanya ketika ditanya bagaimanakah kerjasama politik PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka selepas mengumumkan menjadi pembangkang.

 

Must Watch Video

Advertisement