awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isu tular 'Yeye': Siasatan terhadap 21 pegawai ATM akan dibawa ke peringkat perundangan - Khaled
Sembilan termasuk empat penuntut cedera letupan di universiti swasta
Teksi air Pulau Pinang belum dapat direalisasikan - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah terheret dengan polemik calon PM - Zahid

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2020
14:05 MYT
Usah terheret dengan polemik calon PM - Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebaliknya berkata fokus parti itu kini harus terarah kepada untuk isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19. Foto BERNAMA
UMNO tidak seharusnya terheret dalam polemik mengenai calon Perdana Menteri, tegas Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu kenyataan, Zahid memaklumkan bahawa arahan sudah dikeluarkan kepada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebaliknya berkata fokus parti itu kini harus terarah kepada isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.
"UMNO sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan YAB Perdana Menteri oleh pihak-pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan," tegas Zahid.
Minggu lalu, UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15.
Keputusan itu bagaimanapun dipertikai beberapa pihak.
Antaranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menganggap cadangan menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri dikhuatiri akan menggadaikan UMNO.
Sementara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu lalu menamakan lima calon dari UMNO yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri parti itu.
Antara nama yang disebut beliau adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#kerajaan
#koronavirus
#majlis tertinggi
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#PAS
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PM
#PRU
#rakyat
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan