awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usikan PM Najib pada Azmin jadi perhatian

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
12/10/2017
11:52 MYT
Usikan PM Najib pada Azmin jadi perhatian
Gambar yang di muat naik oleh PM Najib ke akaun Twitternya, sewaktu mereka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara di Kuala Lumpur. - Twitter: @NajibRazak
Sekeping gambar bersama kapsyen "Senyum ada makna tu" di akaun twitter rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perhatian netizen.
Gambar tersebut memaparkan lima menteri besar dan seorang ketua menteri bersama Datuk Seri Najib sedang ketawa. Menariknya salah seorang menteri besar tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kapsyen "Senyum ada makna tu" yang ditulis Datuk Seri Najib kemudiannya membuatkan netizen membuat pelbagai spekulasi dan menganggap ia ditulis untuk mengusik Azmin.
Senyum ada makna tu. pic.twitter.com/hYlWl9RhXy
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 12, 2017
Azmin kemudiannya membalas tweet Najib itu dengan menulis “Smile, what's the use of crying?” “Take action, what's the use of sighing?”
Smile, what's the use of crying? Take action, what's the use of sighing? https://t.co/BTAIfVC9uK
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) October 12, 2017
Turut dipaparkan dalam gambar itu adalah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Kadir dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Gambar itu dirakam ketika mereka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Najib Razak
#netizen
#Perdana Menteri
#senyum
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan