awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul tukar YDP Dewan Rakyat, Azhar Azizan tidak campur tangan

Fareez Azman
Fareez Azman
02/09/2021
05:36 MYT
Usul tukar YDP Dewan Rakyat,  Azhar Azizan tidak campur tangan
Azhar berkata, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung usul itu kerana mempunyai percanggahan kepentingan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menganggap laporan sebuah portal dengan tajuk berita ‘15 Usul Tukar Speaker Ditolak’ adalah tidak benar.
Jelas Azhar dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau menyifatkan laporan itu mempunyai unsur inuendo (tersirat) dan akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang untuk tindakan seterusnya dalam masa terdekat.
"Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk "15 Usul Tukar Speaker di Tolak" bertarikh 1 September 2021.
"Laporan Utusan Malaysia yang mengatakan antara lainnya bahawa saya telah mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas dan juga yang mempunyai unsur inuendo bahawa usul-usul tersebut ditolak oleh saya adalah tidak benar.
"Saya anggap bersifat pembohongan dan fitnah dan dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasi saya," tegas Azhar.
Jelasnya lagi, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung usul itu kerana mempunyai percanggahan kepentingan.
"Pejabat saya sememangnya menerima pemberitahu usul-usul untuk saya mengosongkan jawatan saya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
"Sebaik sahaja pejabat saya menerima usul-usul tersebut, saya telah utuskan surat kepada kesemua pengusul bahawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul tersebut kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan.
"Apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut diserahkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon," katanya.
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan
#Speaker Dewan Rakyat
#kosongkan jawatan
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan