awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azizah enggan komen perbalahan Azmin-Guan Eng

Bernama
Bernama
08/07/2017
13:21 MYT
Wan Azizah enggan komen perbalahan Azmin-Guan Eng
WAN AZIZAH: Azmin yang komen, komen lah...
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan diseret ke dalam perbalahan antara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai kewujudan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).
Sebuah portal berita melaporkan Azmin sebagai berkata pada Rabu bahawa kerajaan Selangor diterajui PR masih wujud berikutan mandat yang diterimanya pada pilihan raya umum lepas, manakala Parti Amanah Negara (Amanah) adalah anggota gabungan Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, pada Khamis, Lim menyangkal kenyataan Azmin itu dengan berkata "Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi."
Apabila diminta mengulas tentang perkara itu, Wan Azizah, yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), hanya berkata, memenangi pilihan raya umum akan datang adalah lebih penting bagi pembangkang ketika ini.
"Azmin yang komen, komen lah...paling penting bagi kami ialah memenangi pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Kerajaan Pulau Pinang di sini hari ini.
PR dianggotai DAP, PAS dan PKR, sebelum dibubarkan pada Julai 2015 berikutan perbalahan antara PAS dan DAP.
Baru-baru ini, Majlis Syura PAS juga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, tetapi di Selangor, kedua-dua parti itu mengekalkan hubungan mereka bagi membolehkan tiga anggota dewan undangan negeri PAS terus menduduki kerusi exco hingga pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#DAP
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#Pakatan Rakyat
#PAS
#PKR
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan