GEORGE TOWN: Jentera Wanita UMNO tidak mempunyai masalah dan sentiasa bersedia bekerjasama dengan jentera Wanita Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.
Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Norliza Abdul Rahim berkata pihaknya telah bersedia untuk turun ke akar umbi bersama-sama jentera Wanita PH bagi meraih undi dan memberi maklumat berhubung Kerajaan Perpaduan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
"Wanita UMNO akan belajar dan didik ahli-ahli kita untuk bekerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan sekarang ini, mungkin pada mulanya agak kekok tapi saya rasa lama-kelamaan kita boleh adaptasi perkara ini, jadi ia tidak mustahil dan Wanita UMNO juga telah diberi pendedahan awal kenapa perlu bergabung.
"Pemimpin Wanita PKR juga telah hubungi saya dan ada beberapa perjumpaan kita sebelum ini dan kami akan gerak ke akar umbi secara bersama..tak ada masalah untuk kita bekerja bersama untuk PRN," katanya kepada pemberita selepas Program Seindah Syawal Parlimen Bukit Gelugor, di sini hari ini.
Menerusi program itu, Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor menyampaikan sumbangan RM200 kepada setiap penerima melibatkan lebih 60 anak-anak yatim dan asnaf dari Parlimen Bukit Gelugor untuk perbelanjaan kelengkapan sambutan Hari Raya.
Pada PRU-15 lalu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN namun media sebelum ini melaporkan pemimpin enam negeri itu mencapai kata sepakat bahawa masa paling sesuai pembubaran DUN masing-masing adalah dalam dua minggu terakhir Jun.
Sementara itu, Norliza berharap calon-calon wanita diberikan lebih peluang untuk bertanding di kerusi-kerusi DUN yang selamat pada PRN nanti.
''Dari dahulu kita perjuangkan 30 peratus kerusi untuk wanita dan kalau boleh kita nak kerusi (DUN) yang kita dapat ini, biarlah kerusi yang senang dimenangi, kita tidak mahu bila calon wanita sahaja diberi kerusi hitam (sukar menang).
''Kami mahu kerusi yang boleh dimenangi, kerana wanita ini dari segi gerak kerja memang kita menjadi nadi, seharusnya wanita diberi tempat yang sesuai,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Menurut Norliza, pihaknya telah bersedia untuk turun ke akar umbi bersama-sama jentera Wanita PH bagi meraih undi dan memberi maklumat berhubung Kerajaan Perpaduan. - Fail/Astro AWANI
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kemaman: Wanita UMNO sedia kempen dalam banjir, dahulukan bantu rakyat terjejas
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad berkata segala perancangan dan langkah berjaga-jaga telah diatur bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana itu ketika tempoh kempen PRK berlangsung.
Kemenangan BN bukti formula Kerajaan Perpaduan diterima rakyat - Noraini
Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu membuktikan formula kerjasama di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima oleh rakyat.
Wanita UMNO minta ahli, pemimpin tumpu kepada PRK
Wanita UMNO meminta seluruh ahli dan kepimpinan parti itu agar memberi tumpuan kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Wanita UMNO tubuh kumpulan pemantau teliti dasar kerajaan
Noraini menjelaskan Wanita UMNO akan sentiasa memantau setiap dasar dan tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan.
PAU2023: UMNO perlu kompromi untuk pastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan - Noraini
Beliau menegaskan Perhimpunan Agung Wanita UMNO kali ini sangat penting untuk bersama-sama mencari formula terbaik, dalam usaha memberikan nafas baharu kepada wanita.
Wanita UMNO desak Bank Negara beri jaminan tiada lagi kenaikan OPR
Wanita UMNO menggesa Bank Negara memberi penjelasan yang lebih jelas kepada rakyat berhubung kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini.
Wanita UMNO tiada masalah bekerjasama dengan wanita PH hadapi PRN
Jentera Wanita UMNO tidak mempunyai masalah dan sentiasa bersedia bekerjasama dengan jentera Wanita Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.
Pemilihan UMNO: Muka baharu terajui Pemuda dan Puteri, Wanita kekal penyandang
Dua muka baharu menerajui Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO manakala Wanita UMNO kekal dengan penyandangnya dalam Pemilihan UMNO 2023.
Wanita UMNO tak boleh sekadar duduk dalam bayang-bayang lagi - Shahrizat
Keberadaan itu penting, dan Wanita UMNO tidak boleh memimpin secara senyap, bergerak seperti bayang-bayang sahaja.
Sue Megat Deraman tawar diri bertanding jawatan Exco Wanita UMNO
Sue Megat Deraman menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn, pada hari Isnin lepas.