awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan akan rebut kembali kerusi Parlimen Lahad Datu

Petrus Bernard
Petrus Bernard
15/04/2022
03:00 MYT
Warisan akan rebut kembali kerusi Parlimen Lahad Datu
MOHD SHAFIE: Kita hendakkan supaya wakil rakyat yang dipilih beramal, banyak membantu rakyat, jangan banyakkan pangkat dan projek sahaja. - Foto Astro AWANI
LAHAD DATU: Parti Warisan (Warisan) akan terus memperkuatkan jenteranya di Lahad Datu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun Ahli Parlimennya Mohamaddin Ketapi telah meninggalkan parti itu.
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kekuatan parti di kawasan itu masih stabil dan beliau yakin akan merebut kembali kerusi Parlimen Lahad Datu dalam PRU15 akan datang.
"Saya yakin Warisan di Lahad Datu ini cukup stabil. Dan kita bukan mendahului kehendak Allah, tetapi kita hendak pastikan kerusi Parlimen ini kita akan ambil balik.
"Saya yakin ini satu jalan yang harus kita tempuh. Walaupun ia bukan mudah, saya yakin setelah melihat kerangka sedia ada, kita siap siaga untuk memperkuatkan lagi parti Warisan di Lahad Datu," katanya.
Mohd Shafie berkata, calon yang akan ditetapkan untuk bertanding merebut kerusi itu dipastikan mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dan sedia berkhidmat kepada masyarakat.
"Kita akan melihat dan teliti secara mendalam supaya calon itu bukan setakat menang, tapi nilai-nilai yang ada pada pemimpin itu.
"Kita tidak mahu, dia boleh menang tetapi dia melompat. Kita tidak mahu dia menang, tidak melompat tetapi tidak berkhidmat.
"Kita hendakkan supaya wakil rakyat yang dipilih beramal, banyak membantu rakyat, jangan banyakkan pangkat dan projek. Itu yang saya tekankan dalam ucapan tadi," tambahnya.
Shafie berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan makanan kepada 100 golongan asnaf dalam majlis berbuka puasa bersama 1,000 penduduk Lahad Datu di Masjid Ar-Rauthar, di sini, semalam.
Oktober lalu, Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mengumumkan keluar parti selepas mendakwa tiada pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di kawasan itu sepanjang beliau berada di kerusi pembangkang.
Topic Berkaitan
#Mohd Shafie Apdal
#lompat parti
#Parlimen Lahad Datu
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan