awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan tanding semua 73 kerusi DUN, bergerak solo pada PRN17

Bernama
Bernama
27/08/2025
13:30 MYT
Warisan tanding semua 73 kerusi DUN, bergerak solo pada PRN17
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan yang dipengerusikannya hari ini. - Facebook Shafie Apdal
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) sebulat suara memutuskan untuk bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata keputusan itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan yang dipengerusikannya hari ini.
"Parti telah memutuskan secara sebulat suara untuk bertanding 73 kerusi DUN. Maknanya tiada gabungan atau kerjasama dengan parti lain. Jangan percaya jika ada gambaran sebaliknya.
"Ini keputusan parti, bukan keputusan presiden seorang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.
Mengikut peruntukan, DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya ia tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.
Mohd Shafie menegaskan Warisan hanya akan bekerjasama dengan rakyat Sabah, dengan memberi tumpuan memenuhi keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan prasarana jalan raya di seluruh negeri.
Mengulas lanjut mengenai keputusan parti itu untuk bergerak solo, beliau berkata pengalaman kerjasama sebelum ini bersama pelbagai parti politik gagal membuahkan hasil positif kerana lebih tertumpu kepada perebutan kerusi serta jawatan.
"Kebimbangan mereka (parti lain) hanya berapa kerusi yang dapat, kemudian minta jawatan menteri. Kalau tidak dapat, mereka melompat lagi. Itu pengalaman yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Warisan
#Sabah
#PRN17
#kerusi ditandingi
#Mohd Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan