awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
Mamady Doumbouya menang besar, dipilih Presiden Guinea dengan 86.72 peratus undi
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid nafi 'jual' UMNO, tegaskan DAP janji hormati hak istimewa Melayu

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
06/12/2022
11:22 MYT
Zahid nafi 'jual' UMNO, tegaskan DAP janji hormati hak istimewa Melayu
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata tindakan itu diambil demi kepentingan rakyat dan BN. - Gambar fail
ROMPIN: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menafikan keputusan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan, sebagai tindakannya 'menjual' parti dan agama.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN dan Timbalan Perdana Menteri, berkata tindakan itu diambil demi kepentingan rakyat dan BN.
"Saya tidak akan pernah 'menjual' UMNO, saya tidak akan pernah 'menjual' BN... (namun) yang lebih penting kita mesti menjadi kerajaan... apabila kita menjadi kerajaan kita pastikan bahawa hak rakyat, kepentingan rakyat dan keperluan rakyat mesti diutamakan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri Sempena Lawatan Rasmi ke Daerah Rompin pada Selasa.
Tambah Ahmad Zahid, beliau juga mendapat penjelasan daripada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, bahawa DAP kini mempunyai kepimpinan baharu yang akan mematuhi Perlembagaan termasuk hak istimewa orang Melayu.
"Setiausaha Agung DAP mengatakan kami DAP baharu, kepimpinan baharu, kami patuh... kami akur sebarang perkara yang ada dalam Perlembagaan termasuk empat perkara itu (termasuk kedudukan Islam dan institusi Raja)," katanya.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Kerajaan Perpaduan
#DAP
#hak istimewa orang Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan