awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2025
03:40 MYT
'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, 'zaman' Guan Eng sudah berlalu dan beliau seharusnya meletakkan kepercayaan kepada barisan pemimpin yang lebih baharu dalam parti berkenaan.
PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid berkata, 'zaman' Guan Eng sudah berlalu dan beliau seharusnya meletakkan kepercayaan kepada barisan pemimpin yang lebih baharu dalam parti berkenaan.
"Saya fikir saya tak perlulah (ulas) kerana itu pendapat peribadi beliau.
"Zaman beliau (Guan Eng) sudah berlalu dan berilah kepercayaan kepada kepemimpinan DAP yang ada sekarang ini, jangan nak menyiku mana-mana sahabat," katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.
Guan Eng sebelum ini dilaporkan mengingatkan UMNO bahawa sebarang program bersama parti pembangkang khususnya PAS akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.
Guan Eng berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi terutama himpunan aman tanda solidariti kepada Datuk Seri Najib Razak pada Isnin ini.
Katanya, UMNO perlu sedar sebarang program bersama parti pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu, ditanya sama ada UMNO akan meneruskan perhimpunan aman berkenaan atau sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Ia seperti mana yang dilaporkan".
Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan 6 Januari depan untuk pendengaran bagi rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Addendum.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Lim Guan Eng
#Kerajaan Perpaduan
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan