Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, berkata ingin memberi ruang kepada calon lain, selain memberi tumpuan pada peringkat Majlis Tertinggi.
"Saya hanya akan cuba memberi khidmat sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO jika parti memikirkan saya diperlukan, khususnya dalam konteks pemulihan parti dan saya akan beri yang terbaik," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lumut 2018, di sini hari ini.
Sebelum ini, menerusi laman sosial Facebook beliau, Zambry mengumumkan akan bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi UMNO bagi sesi 2018-2021 pada pemilihan parti itu yang dijadualkan pada 30 Jun.
Ketika ditanya kemungkinan akan mengetuai pembangkang negeri, beliau yang juga bekas menteri besar Perak berkata perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan dan mengambil pendekatan bersikap terbuka dengan sebarang keputusan kerana ia adalah tugas besar.
"Sebagai Pengerusi BN Perak secara dasarnya mereka akan melantik saya sebagai ketua pembangkang, namun ini bukan mengenai saya, ini adalah mengenai parti.
"Jika parti memilih saya atau orang lain, kita akan sentiasa bersikap terbuka. Semua bergantung kepada Barisan Nasional," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 23 2018
ZAMBRY: Jika parti memilih saya sebagai ketua pembangkang, atau orang lain, kita akan sentiasa bersikap terbuka. - Gambar fail
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.
Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan
Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.
PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.
Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.
Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini
Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023.
Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.
PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.
PRU15: Saya tetap dengan pendirian tidak bertanding - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau kekal dengan pendirian tidak bertanding pada PRU15 nanti.
Di manakah Khairy akan bertanding PRU15?
Sebelum ini khabar angin pernah bertiup kencang supaya Khairy bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya.