Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Jepun cipta sensasi, belasah Tunisia 4-0

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group F - Tunisia v Japan - Estadio Monterrey, Monterrey, Mexico - June 20, 2026 Japan's Zion Suzuki celebrates with Kou Itakura after the match REUTERS/Eloisa Sanchez
Kemenangan ini adalah yang terbesar bagi Jepun sejak penyertaan dalam Piala Dunia. - Gambar/ Reuters
Advertisement

JEPUN menepati ramalan apabila menewaskan Tunisia dengan kemenangan besar 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan F Piala Dunia 2026 sebentar tadi.

Gergasi Asia itu mencatatkan tiga mata penuh selepas seri 2-2 berdepan Belanda Isnin lalu menyaksikan mereka semakin berpeluang ke pusingan kalah mati kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Lawan di ranking ke-58 dunia itu terus dilanda malang tatkala sah tersingkir daripada pertandingan susulan dua kekalahan besar, termasuk kepada Sweden 1-5 sebelum ini.

Herve Renard yang hadir menggantikan jurulatih asal dipecat, gagal mendatangkan magis untuk mengatasi Samurai Biru itu, sebaliknya terus berang melihat prestasi anak buah gagal mengikat Jepun.

Daichi Kamada terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit keempat menyaksikan dirinya muncul penjaring terpantas negara itu.

Ayase Ueda kemudiannya menambah derita Tunisia dengan rembatan jarak jauh menumpaskan Aymen Dahmen sebelum tamat separuh masa pertama.

Junya Ito dan Ueda terus memberikan kelebihan buat skuad bimbingan Hajime Moriyasu untuk Matahari Terbit mengakhiri aksi dengan kemenangan 4-0 dalam perlawanan Piala Dunia ke-1000 itu.

Untuk rekod, ini adalah kemenangan terbesar Jepun sepanjang zaman dalam penyertaan Piala Dunia. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement