Skip to main content

Dunia

Prabowo ulangi gesaan agar pencak silat disenaraikan dalam Sukan Olimpik

MELAKA, 31 Julai -- Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari (kanan) ketika beraksi menentang pesilat Indonesia Iqbal Chandra Pratama pada perlawanan akhir acara Tanding Kategori F Putera di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh hari ini.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Prabowo, yang juga merupakan Pengerusi Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI), mengakui cabaran besar yang menanti dan menekankan keperluan untuk usaha berterusan bagi memajukan sukan itu di peringkat antarabangsa. - Gambar fail/hiasan/BERNAMA

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengulangi gesaan agar seni pertahanan diri pencak silat disenaraikan dalam Sukan Olimpik, sambil menzahirkan keyakinan bahawa sukan tradisional itu akan mendapat pengiktirafan global yang lebih meluas.

Prabowo, yang juga merupakan Pengerusi Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI), mengakui cabaran besar yang menanti dan menekankan keperluan untuk usaha berterusan bagi memajukan sukan itu di peringkat antarabangsa.

Advertisement

"Perjalanan masih jauh. Kita berharap pencak silat akan disenaraikan dalam Olimpik. Kita yakin ia akan tercapai," katanya semasa merasmikan Kongres Nasional IPSI Ke-16 pada Sabtu.

Sementara itu, beliau turut memohon maaf kerana belum berjaya membawa pencak silat ke pentas Olimpik sepanjang tempoh perkhidmatannya dan berharap penggantinya kelak dapat merealisasikan matlamat berkenaan.

Prabowo, yang turut mengumumkan tidak akan bertanding semula bagi jawatan Pengerusi IPSI, menegaskan bahawa usaha mengejar penyertaan Olimpik tidak seharusnya diberi penekanan melampau sehingga mengabaikan keutamaan asal iaitu memelihara keaslian dan mutu pencak silat.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video