Skip to main content

Malaysia

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada skuad regu sepak takraw negara

Sepak Takraw TM Istaf 2026
Ahmad Zahid berkata kejayaan menewaskan musuh tradisi Thailand dalam aksi mendebarkan itu turut dibantu sokongan luar biasa lebih 3,000 penyokong sepanjang perlawanan. - Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada skuad regu sepak takraw negara atas kejayaan menjuarai Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, di sini malam tadi.

Menerusi hantaran dalam Facebook hari ini, beliau berkata kejayaan menewaskan musuh tradisi Thailand  dalam aksi mendebarkan itu turut dibantu sokongan luar biasa lebih 3,000 penyokong sepanjang perlawanan.

“Saya tahu ia bukan kemenangan yang mudah … Well done, boys!,” kata beliau.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak di belakang tabir yang bersama-sama memainkan peranan mencipta kejayaan bermakna itu.

Malaysia muncul juara acara regu berpasukan selepas Thailand menarik diri ketika aksi final yang berlangsung penuh kontroversi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan dominasi Thailand yang muncul juara dalam tiga edisi terdahulu kejohanan berprestij berkenaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement