Skip to main content

Malaysia

Nishan Velupillay pemain berdarah Malaysia pertama beraksi di Piala Dunia

Australia's Nishan Velupillay (23) celebrates after his teammate Australia's Connor Metcalfe (8) scored on Turkey goalkeeper Ugurcan Cakir (23) during the World Cup Group D soccer match in Vancouver, British Columbia, Saturday, June 13, 2026. (AP Photo/Emma Peterson)
Nishan masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-61 sekali gus memacu Australia menewaskan Tirkiye 2-0 di Vancouver, Canada, hari ini. - Gambar/ AP

PEMAIN Australia, Nishan Velupillay, menjadi pemain pertama berdarah Tamil-Malaysia yang membuat penampilan di Piala Dunia.

Nishan masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-61  sekali gus memacu Australia menewaskan Turkiye 2-0 di Vancouver, Kanada, hari ini. 

Pemain Melbourne Victory berusia 25 tahun itu beraksi di bahagian sayap buat skuad The Socceroos kendalian Tony Popovic.

Nishan mempunyai pertalian dengan Malaysia menerusi bapanya, Sasinath Velupillay, iaitu rakyat Malaysia berketurunan Tamil Sri Lanka, manakala ibunya, Gillian Velupillay, berketurunan Anglo-India.

Nishan menyinar menerusi program pembangunan remaja di kelab Melbourne Victory sebelum berjaya menembusi skuad utama, malah dia muncul sebagai penjaring terbanyak kelab itu bagi musim 2024-2025. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement