Skip to main content

Sukan

Arsenal ke final UCL selepas 20 tahun

Arsenal's Bukayo Saka celebrates after scoring the opening goal during a Champions League semifinal, second leg, soccer match between Arsenal FC and Atletico Madrid in London, Tuesday, May 5, 2026. (John Walton/PA via AP)
Aksi Bukayo Saka meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan separuh akhir kedua UCL antara Arsenal dan Atletico Madrid di London, 5 Mei 2026. (Foto AP)
Advertisement: No Ad Tag found
Advertisement: No Ad Tag found

ARSENAL menamatkan penantian dua dekad apabila mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) 2025/2026 selepas menewaskan Atletico Madrid 1-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Emirates, London, awal pagi Rabu.

Jaringan tunggal Bukayo Saka pada penghujung babak pertama sudah memadai untuk memastikan kemenangan The Gunners, sekali gus melengkapkan kejayaan agregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi pertama di Madrid minggu lalu.

Advertisement

Advertisement: No Ad Tag found

Skuad kendalian Mikel Arteta itu tampil lebih dominan di hadapan penyokong sendiri sebelum Saka memanfaatkan bola muntah hasil percubaan Leandro Trossard untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-44.

Selepas rehat, Atletico meningkatkan tekanan dalam usaha memburu gol penyamaan, namun benteng pertahanan Arsenal kekal ampuh untuk memastikan kemenangan dan tiket ke perlawanan akhir kekal milik tuan rumah.

Kejayaan itu menyaksikan Arsenal kembali ke final UCL buat kali pertama sejak 2006, yang juga merupakan penampilan kedua mereka dalam sejarah pertandingan elit Eropah itu.

Pada final yang dijadual berlangsung di Budapest pada 30 Mei ini, Arsenal akan berdepan pemenang satu lagi aksi separuh akhir yang menemukan Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich.

Lebih manis, kemenangan ini turut menghidupkan peluang Arsenal untuk melengkapkan musim bersejarah dengan memburu gelaran berganda, termasuk trofi Liga Perdana Inggeris.

Must Watch Video