Skip to main content

Sukan

Bola sepak Cape Verde gegar negara ranking 39 dunia

Pemain Cape Verde Vozinha, Diney dan Kevin Pina berdiri tegak ketika lagu kebangsaan dimainkan sebelum perlawanan persahabatan antara Cape Verde dan Serbia di Estadio do Restelo, Lisbon, Portugal, 31 Mei 2026. REUTERS
Pemain Cape Verde Vozinha, Diney dan Kevin Pina berdiri tegak ketika lagu kebangsaan dimainkan sebelum perlawanan persahabatan antara Cape Verde dan Serbia di Estadio do Restelo, Lisbon, Portugal, 31 Mei 2026. REUTERS
Advertisement

AMARAN awal daripada Cape Verde buat tiga gergasi dunia apabila mengejutkan pasukan di ranking ke-39 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan kemenangan bersih 3-0 semalam.

The Blue Shark mendapat tonik berharga seminggu sebelum sepak mula Piala Dunia berlangsung apabila mudah menewaskan Serbia dalam satu perlawanan pemanas badan sebelum kejohanan paling berprestij itu bermula minggu hadapan.

Jurang perbezaan kekuatan mahupun kedudukan ranking dunia tidak menghalang negara dari Afrika itu untuk membuktikan bahawa mereka layak bersaing dalam Piala Dunia meskipun dengan status bukan pilihan.

Advertisement

Seawal minit ke-10 tirai jaringan dibuka oleh Marco Soares, sebelum dua lagi gol hadir pada separuh masa kedua.

Pada Oktober tahun lalu, Cape Verde mencipta sejarah apabila melayakkan diri buat kali pertama dalam Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Eswatini 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Dunia zon Afrika.

Advertisement

Cabaran besar menanti pasukan di tangga ke-69 dunia itu apabila perlu berhadapan Sepanyol, Uruguay dan Arab Saudi pada peringkat kumpulan.

Sementara bagi Serbia pula, mereka tidak layak ke Piala Dunia selepas gagal menduduki tempat ketiga terbaik dalam kumpulan ketika Kelayakan Piala Dunia zon Eropah.



 

 

Must Watch Video

Advertisement