Skip to main content

Sukan

‘Never say die’ jadi azimat Rexy buat Malaysia hadapi Indonesia

Rexy (kanan) bersama Goh dan Nur Izzuddin selepas beraksi dalam acara badminton berpasukan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Ichinomiya City Municipal Gymnasium, Aichi, hari ini. - fotoBERNAMA
Rexy (kanan) bersama Goh dan Nur Izzuddin selepas beraksi dalam acara badminton berpasukan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Ichinomiya City Municipal Gymnasium, Aichi, hari ini. - fotoBERNAMA
Advertisement

AICHI: Ungkapan never say die menjadi amanat Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Rexy Mainaky buat skuad badminton berpasukan lelaki negara menjelang pertembungan getir menentang Indonesia pada suku akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, esok.

Rexy berkata pemain Malaysia tidak perlu terlalu memikirkan status Indonesia sebagai pilihan utama, sebaliknya perlu turun ke gelanggang dengan keyakinan dan semangat untuk berjuang hingga ke penghujung setiap perlawanan.

“Ini satu never say die-lah,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Malaysia menewaskan Mongolia 3-0 pada pusingan pertama di Ichinomiya City Municipal Gymnasium, hari ini.

Advertisement

Rexy berkata kemenangan ke atas Mongolia juga memberi peluang kepada pemain menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang sebagai persediaan menghadapi Indonesia.

“Kita harapkan kesempatan yang kita dapat ini lawan Mongolia, sekurang-kurangnya kita sudah cuba keadaan venue ini. Semoga semua pemain boleh ambil ini sebagai satu advantage,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, Malaysia mara ke suku akhir selepas menewaskan Mongolia 3-0 menerusi kemenangan Leong Jun Hao, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Justin Hoh.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement