Skip to main content

Sukan

UCL: PSG bawa status penyandang juara ke pusingan 16

Soccer Football - UEFA Champions League - Play Off - Second Leg - Paris St Germain v AS Monaco - Parc des Princes, Paris, France - February 25, 2026 AS Monaco's Maghnes Akliouche in action with Paris St Germain's Achraf Hakimi REUTERS/Sarah Meyssonnier
Aksi Maghnes Akliouche (kanan) berebut bola dengan Achraf Hakimi ketika perlawanan UCL antara PSG dan AS Monaco di Parc des Princes, Paris, Perancis, 25 Feb 2026. REUTERS

PARIS Saint-Germain (PSG) terus membawa status selaku juara bertahan ke pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) apabila menyingkirkan musuh setempat, Monaco dalam aksi playoff yang berlangsung awal pagi tadi.

Dalam aksi terdahulu, penyandang juara Eropah itu melakar kebangkitan apabila ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 pada aksi pertama di Monaco minggu lalu dan senario hampir sama berulang kali ini apabila pemain kebangsaan Perancis, Maghnes Akliouche meletakkan Monaco di depan sebelum rehat sekali gus menyamakan agregat secara keseluruhan.

Advertisement

Bagaimanapun, pelawat terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Mamadou Coulibaly yang dilayangkan kad merah pada minit ke-58 membuka ruang buat PSG menggunakan kelebihan itu bagi mendapatkan gol.

Selepas permainan melewati 60 minit waktu permainan PSG menyamakan kedudukan menerusi Marquinhos sebelum Khvicha Kvaratskhelia meledak gol kedua pasukan enam minit kemudian.

Jordan Teze sempat menjadikan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan, tetapi PSG berjaya bertahan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Pasukan kendalian Luis Enrique kini akan mengetahui bakal lawan mereka sehingga ke final di Budapest pada majlis undian malam esok, dengan Barcelona dan Chelsea berpotensi menjadi pencabar di pusingan 16.
 

 

Must Watch Video