PARIS Saint-Germain (PSG) melangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara (UCL) selaku juara bertahan selepas seri 1-1 berdepan Bayern Munich sebelum melakar kemenangan 6-5 secara agregat di Allianz Arena, awal pagi tadi.
Menanti kelab gergasi dari Perancis itu nanti adalah Arsenal yang menewaskan Atletico Madrid 2-1 semalam dengan pentas akhir akan berlangsung pada 30 Mei ini di Budapest.
PSG membawa bekalan selesa ke Bayern selepas menang 5-4 dalam aksi pertama itu tidak berdepan masalah mendahului sekali lagi dalam perlawanan timbal balik menerusi rembatan kencang Ousmane Dembele seawal minit ketiga permainan.
Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Vincent Kompany bergelut mencari jaringan penyamaan sehingga penghujung permainan menerusi Harry Kane, namun sudah terlambat untuk mengheret PSG ke masa tambahan sekali gus tewas terpaksa akur terkandas di separuh akhir.