NAMA legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek kembali menjadi sebutan ketika ini, baik di muka hadapan portal berita sukan mahu pun pada garis masa media sosial peminat sukan tanah air.
Ramai yang teruja apabila Misbun membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini, satu langkah yang dilihat dapat memberi sinar harapan baharu untuk memimpin skuad badminton Malaysia agar terus gah di persada dunia.
Namun, siapakah insan yang bergelar Misbun ini. Mari kita imbas kembali sejarah milik jaguh sukan badminton ini:
1. Misbun terlibat secara aktif di gelanggang badminton antarabangsa bersama adik-beradiknya yang lain iaitu Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Mereka digelar sebagai "Sidek Brothers."
2. Mula menerima latihan badminton daripada bapanya sendiri Datuk Sidek Abdullah Kamar sejak berusia tujuh tahun di sebuah gelanggang di hadapan rumah mereka di Banting, Selangor.
3. Pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad Piala Thomas negara.
4. Misbun merangkul kejuaraan antarabangsa pertama di Terbuka Jerman 1981.
5. Meraih naib juara Piala Thomas 1988 merupakan gelaran terakhir Misbun di pentas antarabangsa selaku pemain perseorangan negara selepas Malaysia tewas kepada China 1-4.
6. Pada tahun 1989, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara berikutan keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan.
7. Misbun menjadi jurulatih skuad lelaki perseorangan kebangsaan sejak 2003 sehingga 2010.
8. Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sehingga muncul sebagai pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.
9. Misbun pernah meletak jawatan jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas ''sebab peribadi''.
10. Kisah Misbun dan adik-beradiknya turut diadaptasikan menerusi komik autobiografi “Anak-Anak Sidek” yang diterbitkan pada tahun 1995, iaitu tiga tahun selepas Malaysia memenangi Piala Thomas.
Astro Awani
Sat Jun 10 2017

Datuk Misbun Sidek adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super. - Foto BERNAMA

Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
![[LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah [LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701401557_TBGazajpg.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah
Selain itu, lebih 26 hospital dan 55 pusat kesihatan terpaksa menutup operasi sama ada akibat bedilan bom, ditawan atau dimusnahkan.

Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.

Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan
Ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Hendrawan kekal komited bimbing Tze Yong
Hendrawan berkata, beliau mempunyai tanggungjawab jelas untuk membantu pemain di ranking ke-14 dunia itu di Paris.

Pearly-Thinaah mampu tangani jika ada perselisihan - Hannah
Hannah berkata, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu pastinya mampu mengatasi sebarang cabaran.

Zii Jia mara ke suku akhir Masters China
Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia meneruskan momentum cemerlang di Masters China apabila mara ke suku akhir hari ini.

Zii Jia tundukkan Tze Yong, mara ke pusingan kedua Masters China
Lee Zii Jia membuktikan dirinya masih pemain nombor satu negara selepas berhempas pulas menundukkan rakan senegara Ng Tze Yong di pusingan pertama Masters China sebentar tadi.

Badminton Masters Jepun: Pasangan junior negara tewaskan pasangan senior
Gandingan beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul daripada pasangan senior profesional negara.

Hadiah wang tunai final Jelajah Dunia BWF naik mulai tahun ini hingga 2026
Final Jelajah Dunia BWF kekal sebagai kejohanan badminton paling lumayan di dunia dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan AS$11.5 juta.

Zii Jia sah tidak lagi sertai program RTG
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kekal dengan keputusan untuk tidak menandatangani persetujuan komitmen (LOC) sekali gus tidak lagi berada di bawah program Road to Gold (RTG).

Tiket Terbuka Malaysia 2024 mula dijual Rabu ini
Satu kempen pembelian awal menyediakan diskaun kepada peminat yang mendapatkan tiket mereka sebelum 15 Dis.

Siapa bakal jadi pengganti Peng Soon?
Walaupun Yee See sering bertukar pasangan ketika latihan, namun keputusan siapa yang layak bergandingan tidak boleh diputuskan dengan mudah.

Masters KL: Jun Hao raih gelaran kedua Jelajah Dunia
Leong Jun Hao mencipta sensasi selepas merakam kemenangan straight set 22-20 dan 21-13 ke atas wakil Taiwan Lee Chia Hao.