KETIKA skuad Harimau Malaya masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Rabu lalu, kualiti gelanggang keramat itu menarik perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu beranggapan tiada maknanya kejayaan tersebut jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'.
"Lumrah bola sepak tanah air, 10 tahun masih tak serik. 10 tahun masih cakap lebih, tetapi masih cow grass," tulisnya di ruangan komen Instagram rasmi kelab, officialjohor.
"SNBJ terus menghadirkan igauan buat pasukan lawan yang sukar untuk menundukkan pasukan negara setiap kali beraksi di kandang Harimau Malaya itu.
"Paling diingati ialah ketika anak buah Kim Pan-gon menamatkan badi 42 tahun untuk layak ke Piala Asia selepas muncul lima naib juara terbaik di pusingan kelayakan di SNBJ pada Jun lalu," tambahnya.
Tunku Ismail turut meninggalkan komen di Instagram itu yang memberi bayangan bahawa masih banyak pihak atau kelab di Malaysia yang belum berubah ke tahap lebih baik.
"Tetapi hanya segelintir yang bermain bunga api setiap tahun. Hanya segelintir yang mempunyai stadium yang canggih dan hanya segelintir yang berjaya dengan pelbagai kejayaan," tulis Tunku Ismail lagi.
Komen itu dibuat selepas laman Instagram kelab itu memuat naik senarai jumlah trofi yang dimenangi JDT sejak 2013.
JDT sudah memenangi semua trofi saingan domestik dan tahun ini menjadi pencapaian paling cemerlang dikecapi Harimau Selatan apabila menyapu bersih semua empat kejuaraan.
Anak buah Hector Bidoglio melengkapkan trofi keempat mereka musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor 2-1 di final, 26 November lalu. -- Stadium Astro
Astro Arena
Sun Dec 11 2022
Tunku Ismail turut meninggalkan komen di Instagram yang memberi bayangan bahawa masih banyak pihak atau kelab di Malaysia yang belum berubah ke tahap lebih baik.- Fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan
Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB
Tunku Mahkota Johor mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.
JDT: 'Underdog' tahun depan - TMJ
JDT akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual pada awal Mei.
JDT derma RM2.9 juta untuk Palestin dan Yayasan JDT
JDT menderma RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan Yayasan JDT.
TMJ cabar Selangor pecah rekod cemerlang JDT
Prestasi JDT itu jelas terpancar apabila pasukan kendaliannya itu terus memenangi empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
JDT akan tandatangani tiga atau empat pemain import untuk musim 2024
Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan menandatangani tiga atau empat pemain import baharu, musim hadapan.