KUALA LUMPUR : Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar pasukan bola sepak negeri Selangor iaitu Selangor FC (SFC) untuk memecahkan rekod cemerlang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam arena bola sepak.
Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT dalam perkongsian di laman Instagram berkata pasukan JDT sudah melakar pelbagai kecemerlangan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Prestasi JDT itu jelas terpancar apabila pasukan kendaliannya itu terus memenangi empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.
"Tolong break (pecahkan) rekod ini. Presiden FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) orang Selangor, Exco majoriti termasuk Datuk Shahril orang Selangor dan (berada) dalam FAS (Persatuan Bolasepak Selangor),
"Ketua pengadil, Datuk Sundra adalah orang Selangor, Ketua Pegawai Eksekutif MFL (Liga Bolasepak Malaysia), Datuk Stuart Ramalingam, orang Selangor," kata dalam perkongsian di laman media sosial Instagram miliknya pada Rabu.
Ujar Tunku Ismail, kerajaan negeri menerusi Raja Muda Selangor setia membantu skuad Gergasi Merah itu menerusi peruntukan sebanyak RM45 juta setahun untuk lapan tahun sebelum, namun masih gagal menjulang sebarang trofi.
Sehubungan itu juga, beliau turut menitipkan nasihat agar pihak yang bertanggungjawab mengemudi skuad Selangor untuk memberi tumpuan kepada prestasi pasukan itu pada masa akan datang.
"Jadi nasihat saya, kepada yang ada, fokus kepada kelab sendiri dan cukup buat perbandingan dan melakukan tuduhan di sana sini tanpa henti.
"Kami (skuad JDT) telah terlampau jauh dengan rekod yang telah kami pecahkan dan mencipta rekod baharu.
"Ingatlah wahai sahabatku, Allah sentiasa membantu dan berkati orang atau pihak yang benar.
"Rezeki yang dikurniakan bukan secara kebetulan tetapi telah dirancang oleh Yang Maha Esa," kongsi beliau lagi.
Nickyson Nyambar
Wed Dec 20 2023
Tunku Ismail dalam perkongsian di laman Instagram pada Rabu turut menitipkan nasihat buat pihak penggemud untuk memberikan tumpuan terhadap kelab kendalian demi prestasi pada masa akan datang. - Gambar Arkib
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
TMJ cabar Selangor pecah rekod cemerlang JDT
Prestasi JDT itu jelas terpancar apabila pasukan kendaliannya itu terus memenangi empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.