KUALA LUMPUR:Kewibaan pengadil Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila 19 individu dipilih sebagai pegawai perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kesemua individu berkenaan terdiri daripada lima pengadil, sembilan penolong pengadil termasuk seorang wanita, tiga pengadil futsal serta dua pengadil bola sepak pantai.
Lima pengadil itu ialah Mohd Amirul Izwan Yaacob yang bertugas sebagai pengadil FIFA sejak 2012, Mohd Nazmi Nasaruddin (2016), Suhaizi Shukri (2011), Razlan Joffri Ali (2018) dan Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah yang dilantik sebagai pengadil FIFA sejak 2019.
Sembilan penolong pengadil yang dipilih adalah Mohd Yusri Muhamad, Mohd Muazi Zainal Abidin, Mohd Shahreen Che Omar, Mohd Harif Md Akhir, Mohd Arif Shamil Abd Rasid, Mohd Zairul Khalil Tan, Mohd Farhan Abdul Aziz, Muhamad Shafiq Ahmad Said dan seorang penolong pengadil wanita iaitu Nur Akmal Anuar.
Tiga pengadil futsal pula ialah Helday Idang, Mohd Ridzuan Rozali dan Mohd Norafendy Norhayalan, manakala dua pengadil bola sepak pantai adalah Suhaimi Mat Hassan dan Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.
Dalam pada itu, Stuart memaklumkan Mohd Amirul Izwan turut ditauliahkan untuk dilantik sebagai 'Video Match Official (VMO), manakala Mohd Yusri memperoleh tauliah sebagai penolong pengadil bagi perlawanan yang melibatkan 'Video Assistant Referee' (VAR).
Pada masa sama, beliau turut menegaskan FAM sentiasa menyokong aspek pembangunan pengadil daripada semua peringkat kerana percaya pengadil merupakan nadi kepada pembaharuan pembangunan bola sepak sebagaimana termaktub dalam Peta Hala Tuju F:30 yang telah dirangka oleh FAM.
"Semoga kesemua 19 pengadil yang dipilih oleh FIFA ini dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan cemerlang sepanjang tahun 2021 demi membawa nama Malaysia di persada antarabangsa," kata Stuart.
Mohd Amirul Izwan, 35, merupakan seorang pegawai polis di Pasukan Gerakan Am dan dipilih oleh panel FIFA sejak 2012.
Beliau telah mengadili perlawanan dalam beberapa kejohanan utama seperti Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada 2015 di Chile; Kejuaraan Bola Sepak Asia Bawah 19 Tahun di Myanmar; selain pernah bertugas sebagai pembantu VAR pada aksi final Liga Juara-Juara Asia musim lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021
Stuart memaklumkan kesemua individu berkenaan terdiri daripada lima pengadil, sembilan penolong pengadil, tiga pengadil futsal serta dua pengadil bola sepak pantai. - Gambar fail
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Nazmi dipilih adili aksi Uzbekistan-Thailand
Muhammad Nazmi akan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.
City didenda RM713,000 kerana kepung pengadil
Persatuan Bola Sepak (FA) England telah mendenda City selepas mereka mengakui pemain mereka berkelakuan tidak wajar.
Pengadil cedera dipukul tiga lelaki dalam perlawanan bola sepak
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.
FAM hantar enam pengadil muda berguru di Arab Saudi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) komited meningkatkan mutu pegawai perlawanan tempatan apabila menghantar enam pengadil muda negara berguru di Dammam, Arab Saudi bermula esok hingga 27 Okt ini.
VAR rumitkan permainan bola sepak - Postecoglou
Kumpulan pengadil Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Ltd sebelum itu mengakui keputusan pegawai pertandingan adalah tidak tepat.
Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.
VAR bukan penyelesaian mutlak - Stuart Ramalingam
Katanya, liga di negara lain seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sudah mengimplementasikan VAR masih berdepan masalah.
TFC kemuka aduan kepada FAM
Ab Rasid mengulas insiden kad merah diterima skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner semasa melayan kunjungan JDT pada Jumaat.
Pengadil dapat lesen VAR seawal Ogos
Seramai 30 pengadil dan pembantu pengadil akan dihantar untuk mengikuti kursus VAR dalam masa terdekat.