awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron Chia, Cheong Min dinobat Olahragawan, Olahragawati Melaka 2023/2024

Bernama
Bernama
11/11/2025
01:00 MYT
Aaron Chia, Cheong Min dinobat Olahragawan, Olahragawati Melaka 2023/2024
Aaron Chia dan Cheong Min masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Melaka 2023/2024 pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka ke-39 semalam. --fotoBERNAMA
MELAKA: Pemain badminton beregu lelaki negara Aaron Chia Teng Fong dan atlet wusyu wanita Tan Cheong Min masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Melaka 2023/2024 pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka kali ke-39 di sini semalam.
Aaron, 28, meraih gelaran itu buat kali kedua berturut-turut selepas menampilkan prestasi cemerlang di pentas antarabangsa, termasuk memenangi pingat gangsa acara beregu lelaki pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark dan Sukan Olimpik 2024 di Paris, selain muncul naib juara Kejohanan Seluruh England 2024 di Birmingham.
Cheong Min, 27, pula menyerlah dalam sukan wusyu dengan meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, perak pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou serta emas dan perak pada Piala Dunia Wusyu Taolu 2024 di China.
Kedua-duanya menerima anugerah yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan membawa pulang piala pusingan serta wang tunai RM3,000.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Datuk V.P. Shanmugam.
Sementara itu, Ab Rauf dalam ucapannya berkata majlis itu bukan sekadar acara penghargaan tetapi pentas pengiktirafan terhadap keberanian, kesungguhan dan kecekalan atlet Melaka yang menjadikan arena sukan sebagai medan perjuangan sebenar.
"Kerajaan negeri tidak pernah memandang remeh penat lelah kalian. Setiap pengorbanan dan usaha gigih para jaguh sukan Melaka sentiasa menjadi kebanggaan dan sanjungan tinggi.
"Sebagai tanda penghargaan kepada insan hebat yang berjuang di pentas dunia sehingga ke peringkat remaja Asia, kerajaan negeri memperuntukkan RM213,000 bagi lapan kategori Anugerah Sukan Negeri Melaka termasuk hadiah insentif kemenangan atlet," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus mengangkat martabat sukan Melaka dengan memperkasa kemajuan industri sukan melalui program pembangunan yang inklusif sejajar dengan hasrat menjadikan sektor sukan negeri terus gah di pentas dunia.
Pada majlis itu, Ab Rauf turut menerima anugerah Ikon Tokoh Lestari Sukan Negeri Melaka selain Anugerah Khas turut diberikan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1980-an Ramli Junit.
Antara penerima lain pada anugerah itu adalah atlet wusyu Lee Ronn (Olahragawan Harapan) dan atlet angkat berat Nurul Syasya Khairina Samsur (Olahragawati Harapan).
Pasukan Bola Sepak Lelaki Melaka diumumkan sebagai Penerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik selepas menamatkan penantian selama 34 tahun untuk mara ke peringkat akhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, sekali gus membawa pulang pingat perak.
Selain itu, Persatuan Badminton Negeri Melaka menerima anugerah Persatuan Terbaik, manakalaJurulatih Terbaik dimenangi Chai Chin Hin (wusyu) dan Mohd Syahrizan Che Omar (pencak silat).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Aaron Chia
#Anugerah Sukan Negeri Melaka
#Olahragawan dan Olahragawati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan