BG PATHUM 2 JDT 4 

Johor Darul Ta'zim (JDT) mencetak kemenangan sulung dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 dengan dua gol Arif Aiman Hanapi menghkum BG Pathum. 

Rentak perlahan dalam pertemuan di BG Stadium berikutan kekasaran Shane Lowry untuk jaringan sepakan penalti oleh Victor Cardozo.

Namun, Arif Aiman menebus semula kepincangan awal -- seminit selepas itu untuk menjadikan kedudukan 1-1 dengan menyambut hantaran jauh Jordi Amat. 

Kemudian penyudah berbisa Bergson da Silva meletakkan Harimau Selatan dalam pendahuluan ketika memasuki bilik persalinan. 

Faktor itu menyumbang kepada gol ketiga JDT dengan Juan Muniz mengutip percubaan awal Bergson untuk keputusan semasa 3-1. 

Namun, pelawat tersentak apabila akibat kecederaan Jordi Amat dan ia memberi ruang kepada Cardozo untuk melakukan tandukan deras bagi merapatkan jurang 2-3 sebelum kembali dihantui ketajaman Arif Aiman yang terlebih dahulu menewaskan dua pertahanan untuk gol daripada rembatan leret berdekatan tiang pintu gol BG Pathum. 

"Perlawanan hari cukup penting buat kami untuk mengutip tiga mata bagi membuka peluang ke pusingan seterusnya.

"Adalah menjadi impian saya untuk menjaringkan gol dalam kancah ACL ini. Bukan saya sahaja malah keseluruhan pasukan," katanya selepas perlawanan. - Stadium Astro