awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACL: JDT kutip 7 mata selepas seri dengan Kawasaki Frontale

Bernama
Bernama
21/04/2022
22:30 MYT
ACL: JDT kutip 7 mata selepas seri dengan Kawasaki Frontale
Pemain JDT Bergson Da Silva cuba melepasi asakan pemain Kawasaki Frontale pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mendahului Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL), selepas seri 0-0 dengan pendahulu Liga J1 Kawasaki Frontale dalam perlawanan sengit di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.
Keputusan seri itu membolehkan JDT mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan, manakala Kawasaki Frontale di tempat kedua dengan lima mata, Ulsan Hyundai yang mengutip empat mata di tempat ketiga manakala Guangzhou FC di tempat terakhir selepas gagal mengutip sebarang mata.
Pada perlawanan malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan bagi memburu gol, sebaik sahaja wisel perlawanan ditiup pengadil.
Beberapa siri serangan awal skuad kendalian Toru Oniki hampir menerjah gawang, namun kebanyakannya tersasar.
Beberapa peluang mencetak gol hampir dilakar skuad Harimau Selatan pada saat-saat akhir babak pertama oleh pemain pertahanan JDT Leandro Velazquez, namun tendangan jauhnya tidak cukup kuat untuk membolosi pintu gol lawan, manakala rembatan Bergson Da Silva sedikit tersasar ke pintu kanan gol lawan pada minit ke-40.
Keputusan kekal 0-0 hingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus menggandakan asakan untuk mendapatkan gol pendahuluan, tetapi percubaan demi percubaan terus menemui jalan buntu.
Kawasaki Frontale mengatur langkah dengan mengantikan Daiyan Tono dan Kaazuya Yamamura, dengan Yasuto Wakizaka dan Shintaro Kurumaya, bagi cuba mengubah kedudukan perlawanan.
Harimau Selatan pula membuat lima pertukaran pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Velazquez dan membawa masuk Safiq Rahim, Arif Aiman (Safawi Rasid), Afiq Fazail (Nazmi Faiz), Da Silva (Ramadhan Saifullah) dan Fernando Forestieri (Hazwan Bakri).
Bagaimanapun percaturan dibuat kedua-dua pasukan itu, gagal menghasilkan sebarang gol sehingga tamat masa perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#ACL
#JDT
#Kawasaki Frontale
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan