awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACL: Solari bangga dengan kejayaan JDT tewaskan Ulsan Hyundai FC

Bernama
Bernama
08/11/2023
03:15 MYT
ACL: Solari bangga dengan kejayaan JDT tewaskan Ulsan Hyundai FC
Solari berkata kejayaan menundukkan juara ACL 2012 dan 2020 itu dengan jaringan 2-1 adalah sesuatu yang amat membanggakan. - Gambar fail
ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Esteban Solari amat berbangga dengan pemainnya dan menyifatkan kejayaan pasukan itu menewaskan gergasi Korea Selatan Ulsan Hyundai FC semalam sebagai pencapaian hebat dalam misi "membalas dendam".
Solari berkata kejayaan menundukkan juara ACL 2012 dan 2020 itu dengan jaringan 2-1 adalah sesuatu yang amat membanggakan buat pasukan Harimau Selatan itu, terutama selepas mengharungi pertarungan sengit.
"Semasa bermain di Korea Selatan sebelum ini, kami merasa ragu-ragu sekiranya dapat beraksi dengan baik, dan akhirnya kami tewas dengan 1-3. Hari ini saya sangat gembira, kami mengalahkan pasukan Korea Selatan itu selepas bekerja keras.
"Saya amat berbangga dengan semua pemain, dan ingin mengucapkan tahniah kepada mereka. Kita menang, ini adalah hasil kerja keras semua," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan itu di sini, malam tadi.
Sementara itu ketua jurulatih Ulsan Hyundai Myung Bo menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan pasukannya memanfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
"Kami peroleh beberapa peluang, namun sukar sekali untuk menjaringkan gol, tetapi semua pemain dilihat telah bermain yang baik. Kini apa yang boleh kami lakukan - hanya bersedia untuk perlawanan seterusnya," katanya.
Terdahulu, Muhammad Akhyar telah dinobatkan sebagai Man-of-the-Match pada aksi keempat Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.
JDT kini berada di tempat ketiga Kumpulan I dengan enam mata, terikat dengan Ulsan Hyundai yang berada di depan berdasarkan kelebihan jumlah gol.
Kelab Jepun Kawasaki Frontale berada di tempat teratas dalam kumpulan dengan 12 mata, manakala kelab Thailand BG Pathum United menduduki tempat tercorot tanpa sebarang mata.
Pada 24 Okt, kelab Korea itu menewaskan Harimau Selatan 3-1 di Stadium Bola Sepak Ulsan Munsu di Ulsan, Korea Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Korea Selatan
#Ulsan Hyundai FC
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan