SPORTS
ACLE: Cristiano Ronaldo lepas tiga peluang, Al-Nassr tersingkir di tangan Kawasaki Frontale

Reaksi Ronaldo selepas pasukannya Al-Nassr kalah kepada Kawasaki Frontale dalam perlawanan separuh akhir ACLE di Stadium Alinma, Jeddah, Arab Saudi, 30 Apr 2025. (Foto AP)
BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo, berdepan mimpi buruk apabila terlepas tiga peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan dalam waktu kecederaan ketika Al-Nassr tersingkir dai peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) awal pagi tadi.
Dalam pertembungan di King Abdullah Sports City itu, Al-Nassr gagal ke final selepas tewas 2-3 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale.
Didorong oleh mentaliti kemenangannya, Cristiano Ronaldo turun dengan tekad untuk membawa Al Nassr ke final ACLE.
Bagaimanapun, ia menjadi malam yang buruk buat skuad bimbingan Stefano Pioli itu apabila deretan peluang dipersia-siakan.Kawasaki meledak terlebih dahulu dengan Tatsuya Ito memecahkan kebuntuan hanya pada minit ke-10 perlawanan.
Al Nassr kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-28 dengan gol daripada bekas bintang Liverpool, Sadio Mane.
Menjelang ke bilik persalinan, Yuto Ozeki kembali meletakkan Kawasaki di depan dan Al-Nassr kemudian mula bergelut untuk mencari gol penyamaan.
Keadaan bertambah buruk pada minit ke-76 apabila Akihiro Ienaga menjaringkan gol ketiga Kawasaki.
Berbaki tiga minit terakhir, Ayman Yahya menjaringkan gol untuk kembali menghidupkan peluang wakil Arab Saudi berkenaan.
Pengadil selepas itu memberikan enam minit waktu kecederaan, di mana Ronaldo melepaskan tiga peluang keemasan sepanjang tempoh itu, sekali gus perlu akur pasukannya tersingkir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami