Kumpulan D

Uruguay,
Costa Rica
England
Itali


Menyoroti pasukan yang diletakkan dalam kumpulan ini ianya pasti akan menampilkan aksi yang sangat dinantikan oleh peminat bola sepak apabila tiga bekas juara dunia Uruguay, England dan Itali diletakkan dalam kumpulan yang sama.

Uruguay yang menjadi juara pertama Piala Dunia pada 1930 dan 1950 disebut sebagai pilihan untuk layak ke pusingan kedua bersama-sama dengan juara empat kali, Itali yang menjuarai piala tersebut pada 1934, 1938, 1982 dan 2006.

Luis Suarez

Ketajaman penyudah penyerang berbisa Liverpool, Luis Suarez yang bakal bergandingan dengan ayam tambatan Paris St Germain, Edinson Cavani dan penyerang veteran, Diego Forlan dijangka tidak menghadapi masalah untuk menjadi juara kumpulan.

Itali pula kehilangan pemain tengah, Ricarrdo Montolivo yang mengalami patah kaki sewaktu perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland di London telah digantikan dengan penyerang Parma, Antonio Cassano yang kembali semula terpilih apabila beberapa tahun belakangan dia dihantui dengan kontroversi dalam dan luar padang.

itali

Dengan kesiapsiagaan pemain-pemain muda seperti Mario Balotelli, Ciro Immobile dan Lorenzo Insigne untuk menonjolkan aksi terbaik mereka di padang tidak mustahil, Itali mampu layak ke pusingan kedua.

Manakala, juara Piala Dunia 1966 iaitu England pula dilihat perlu lebih mempergiatkan jentera serangan mereka jika ingin layak ke pusingan kedua kerana ketumpulan barisan hadapan melakukan penyudah menyebabkan beberapa perlawanan persahabatan terakhir pra-Piala Dunia mereka berakhir dengan seri tanpa jaringan dan juga kemenangan yang tidak meyakinkan.

rickie lambert

Costa Rica yang telah layak ke Piala Dunia sebanyak empat kali iaitu pada 1990, 2002, 2006 dan tahun ini tidak diletakkan harapan yang besar untuk layak ke pusingan kedua namun keupayaan pasukan kerdil ini tidak harus dipandang ringan oleh pasukan yang bertanding

Pemain perhatian: Luis Suarez (Uruguay), Ciro Immobile (Italy), Rickie Lambert (England), Bryan Ruiz (Costa Rica)