TIADA sokongan daripada pihak pengurusan dikatakan menjadi punca terbesar kegagalan bekas jurulatih Selangor, B. Sathianathan, sepanjang bersama skuad The Red Giants itu.
Sathianathan dilucutkan jawatannya selepas Selangor tewas besar 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim FC (JDT) dalam saingan Liga Super, 19 September lalu.
Dalam rancangan Bola@Mamak kelolaan Hafizal Hamad hari ini, pengendali berusia 62 tahun itu turut mendedah betapa terdapat 'orang dalam' Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang tidak boleh dipercayai sehingga ada maklumat yang sepatutnya sulit diperoleh pihak yang tidak sepatutnya.
"Saya sudah tahu mereka akan menyingkirkan saya selepas perlawanan menentang JDT kerana mereka pandai.
"Saya mahu berdiam diri tetapi ada seorang pegawai Selangor yang cakap dalam berita bahawa saya memang tahu saya akan disingkirkan -- atau saya tidak disambung kontrak.
"Memang (saya sudah tahu). Saya ada menghadap Tuanku (Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan Tuanku ada beritahu kepada saya, empat bulan sebelum kontrak saya tamat.
"Dalam kontrak saya (makluman itu) hanya sebulan sebelumnya, bukan seperti pemain yang memerlukan tiga bulan sebelumnya.
"Jadi, saya menerimanya tetapi saya bertanyakan kepada Tuanku adakah ada orang lain yang tahu mengenai perkara ini? Saya tidak mahu pemain tahu yang saya tidak akan berada di Selangor tahun depan.
"Mana akan perginya motivasi pemain (jika tahu) saya sudah tidak ada (bersama mereka) dan mereka tidak perlu lagi memikat hati sesiapa.
"Mereka tidak tahu jurulatih mana yang akan datang, jadi mereka sudah tiada motivasi.
"Tuanku maklumkan hanya ada beberapa orang (pihak pengurusan) yang tahu tetapi selepas dua hari, saya mendapat maklumat bahawa pemain sudah tahu saya tidak lagi bersama mereka," katanya.
Mengulas lanjut, Sathianathan menambah: "Saya juga pernah meminta pihak pengurusan untuk mendapatkan seorang pertahanan kiri kerana Praba (K. Prabakaran) yang selalu main di posisi itu kerap dikutuk oleh penyokong Selangor apabila diturunkan.
"Ramai yang bersikap perkauman dan dia menjadi takut untuk bermain.
"Tetapi ia tidak dipersetujui, bukan oleh orang teknikal tetapi orang di pejabat yang memakai tali leher, yang tiba-tiba lebih tahu pasal bola sepak daripada saya.
"Saya menerimanya dan pada saat-saat akhir, mereka memberikan kebenaran itu tetapi pemain yang saya inginkan itu sudah ke PJ City (Petaling Jaya City FC).
"Yang kedua, saya meminta agar Rufinho (Segovia) digantikan kerana dia mengalami kecederaan yang teruk sejak Mac 2019.
"Ramai pakar di Selangor berkata dia sudah tidak boleh (bemain) kerana tendonnya sudah dipotong.
"Jika tendon Achilles sudah bermasalah, kebiasaannya pemain itu akan bermasalah.
"Ototnya sudah dikerat dan dipendekkan, jadi pakar fisioterapi di Selangor sudah mengesahkan pemain itu tidak boleh bermain secara normal, jadi saya meminta untuk dia ditukarkan.
"Apabila peminat-peminat Selangor tanya mengapa saya tidak mengambil sorang pemain yang bagus dan berkaliber seperti Dickson (Nwakaeme), saya katakan yang Selangor tiada duit.
"Apabila saya cakap tiada duit, saya dimarahi oleh pihak pengurusan tetapi itulah realitinya.
"Apabila saya meminta Rufinho diturunkan ke Selangor II, mereka katakan tiada duit untuk mengambil seorang pemain lagi, jadi saya hanya ada satu penyerang," katanya lagi.
- StadiumAstro / Muzaffar Musa
Astro Arena
Mon Sep 28 2020
SATHIANATHAN: Saya mahu berdiam diri tetapi ada seorang pegawai Selangor yang cakap dalam berita bahawa saya memang tahu saya akan disingkirkan -- atau saya tidak disambung kontrak. - Gambar fail
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Ong Kim Swee presiden baharu PJBM
Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Presiden, memangku jawatan itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mendiang B. Sathianathan.
Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan
Nantikan episod kedua SEPULUH yang akan bersiaran pada Jumaat, 1 Disember ini, jam 10 malam di Astro Arena.
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga mendiang Sathianathan
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Arena bola sepak Malaysia hilang pakar taktikal
Mendiang Sathianathan sentiasa tampil membela nasib jurulatih tempatan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji.
Disangka anak patung rupanya janin bayi dalam loji kumbahan
Seorang pekerja pembersih kumbahan terkejut melihat objek yang disangka anak patung rupanya janin bayi di loji kumbahan sebuah kawasan perumahan di Inanam.
Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun hari ini.
'Bukan senang Harimau Muda menang emas di Kemboja 2023'
Skuad B-22 negara bakal berdepan saingan sengit Vietnam, Thailand, Indonesia yang merupakan antara pasukan kuat di rantau Asia Tenggara.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan
Cheng Hoe telah berjaya memulihkan maruah skuad kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara.
Siapa sudi bantu FAM bayar gaji tinggi jurulatih? - Sathianathan
B. Sathianathan menyifatkan pengambilan ketua jurulatih ibarat satu perjudian.