awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Faizal tiup semangat dua atlet Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2022
22:35 MYT
Ahmad Faizal tiup semangat dua atlet Malaysia
AHMAD FAIZAL: Selamat berjuang kontinjen Malaysia! Doa saya dan seluruh Keluarga Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan atlet semua. - Gambar fail
DUA atlet negara - Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin mendapat suntikan semangat daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi menghadapi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang dibuka secara rasmi pada Jumaat.
"Malaysia sebuah negara tanpa salji, mencipta sejarah dengan penampilan pertama di Sukan Olimpik Musim Sejuk empat tahun lalu di Pyeongchang 2018 di Korea Selatan menerusi Julian Yee dan Jeffrey Webb.
"Saya cukup berbangga dengan pencapaian atlet negara, Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin yang akan berjuang di pentas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.
"Bagi Jeffrey, ini adalah penampilan kedua beliau dan penampilan pertama buat Aruwin sekali gus mencatat sejarah sebagai atlet wanita pertama negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Musim Sejuk.
"Selamat berjuang kontinjen Malaysia! Doa saya dan seluruh Keluarga Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan atlet semua!," kata Ahmad Faizal dalam satu hantaran di Facebook.
Pada edisi kali ini, Jeffrey dan Aruwin masing-masing dijadualkan menyertai sukan Alpine Skiing dalam acara slalom lelaki, slalom wanita dan giant slalom wanita.
BACA: Olimpik Musim Sejuk: Aruwin tenang hadapi aksi pertama
Aruwin, 17 tahun, dijadual turun beraksi pada Isnin ini dalam acara giant slalom wanita sebelum menyertai slalom wanita dua hari kemudian.
Jeffrey, 23 tahun, yang turut membuat penampilan di pentas Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 dijadual turun beraksi dalam acara slalom lelaki pada 16 Februari ini.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Musim Sejuk
#Ahmad Faizal Azumu
#kontinjen malaysia
#penampilan pertama Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan