SPORTS
Aira juarai Terbuka Bermuda 2025

Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Aira yang kini berada di ranking ke-30 dunia meraih kemenangan bergaya 3-0 (12-10, 11-3, 11-6) dalam masa 27 minit. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara, Aira Azman membuktikan statusnya selaku pilihan utama apabila menjuarai Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan pencabar dari Mesir, Hana Moataz dalam perlawanan final awal pagi tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Aira yang kini berada di ranking ke-30 dunia meraih kemenangan bergaya 3-0 (12-10, 11-3, 11-6) dalam masa 27 minit.
Kejayaan itu turut mencatat sejarah peribadi buat Aira apabila merangkul kejuaraan pertamanya ke atas Moataz yang menghuni ranking ke-38 dunia.
Aira sebelum ini melakar kemenangan pada separuh akhir selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman untuk mengesahkan tempat ke pentas final kejohanan berkenaan.Perlawanan itu dimulakan dengan aksi kurang baik apabila kecundang 4-11 sebelum kembali bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8 dan 11-6.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami