awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia komited perkasa lebih banyak kerjasama dalam arena sukan negara

Astro Arena
Astro Arena
15/03/2025
00:00 MYT
AirAsia komited perkasa lebih banyak kerjasama dalam arena sukan negara
Semestinya AirAsia akan cuba bantu sukan Malaysia dan juga peringkat ASEAN, kerana syarikat penerbangan itu juga berada di Filipina dan Thailand, kata Tony. - Gambar fail Bernama
WALAUPUN ketika ini AirAsia banyak menumpukan kerjasama sukan di luar negara, namun perkara itu tidak membuat AirAsia melupakan usaha bagi memartabatkan sukan di tanah air.
Perkara itu dilontarkan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, apabila ditanya mengenai kerjasama akan datang mereka terhadap industri sukan negara mahupun antarabangsa.
"Semestinya kami akan cuba bantu sukan Malaysia dan juga peringkat ASEAN, kerana syarikat kami juga berada di Filipina dan Thailand.
"Kami akan cuba menyokong bakat tempatan dalam e-Sukan, UFC, itu adalah apa yang ada dalam rancangan kami." katanya.
Sementara dari segi misi dan visi, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Brand Co, Rudy Khaw, menyasarkan untuk pihak mereka sentiasa menyumbang kembali kepada komuniti sukan negara pada masa akan datang.
"Bagi kami menginspirasi masyarakat adalah satu perkara, tetapi bagaimana mengubahnya menjadi komuniti dengan semua orang bekerja keras bersama-sama, saling membantu satu sama lain.
"Kerana itu kami menyukai sukan, kerana itu semangat dalam AirAsia. Kami mahu lebih ramai mencipta cerita yang mampu mengispirasi individu lain." tambahnya.
Mungkin selepas ini lebih banyak sukan akan diterokai kembali melihat pasukan E-Sports mahupun UFC seperti AirAsia Team Saiyan dan juga pasukan bolasepak seperti Petaling Jaya (PJ) Rangers dalam arena sukan negara.
Malah, usaha yang dilakukan mereka ini akan menjadi contoh kepada semua pihak dalam sama-sama bantu menaikkan komuniti sukan tempatan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#AirAsia
#sukan negara
#Tony Fernandes
#e-sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan