KUALA LUMPUR :Peninju profesional sukan seni tempur campuran (MMA) AJ Pyro Lias Mansor sanggup menjual sarung tangan kesayangannya demi membantu sahabatnya.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, dia meluahkan bahawa keputusan itu bukan satu perkara mudah, namun terpaksa dilakukan bagi membantu dua rakan baiknya dikenali sebagai Jerome dan Malan yang kini sedang menerima rawatan di hospital.
“Dalam pada saya sedang berdepan cabaran sendiri, ada pula mereka yang sedang bertarung nyawa. Dua rakan baik saya kini dalam keadaan kritikal. Malan merupakan rakan sebilik semasa dalam Cobra Rugby Club.
“Manakala Jerome sudah dianggap sebagai abang yang sentiasa melindungi saya sejak belajar di universiti 20 tahun lalu dan bersama-sama menyertai ragbi.
“Malan kini diserang angin ahmar dan Jerome terlibat dalam kemalangan bulan lalu. Kedua-dua mereka sudah sedar dari koma tetapi masih dalam keadaan kritikal,” kongsinya.
Dia pada masa sama turut memaklumkan bahawa sarung tangan 'bertuah' itu dimenanginya pada Kejohanan ONE Championship dan ia melambangkan usaha dalam kehidupannya sebagai peninju.
Dia mengambil keputusan untuk melelong sarung tangan ini bagi membantu rakan-rakannya itu dari segi kewangan.
Nilai bidaan tertinggi kini adalah RM4,000 dan orang ramai masih membuat tawaran bidaan. Bidaan akan berakhir 11.59 malam, 27 Januari 2021.
AJ Pyro turut berterima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Jan 27 2021

Keputusan itu bukan satu perkara mudah, namun dia terpaksa dilakukan bagi membantu dua rakan baiknya dikenali sebagai Jerome dan Malan yang kini sedang menerima rawatan di hospital. - Foto Instagram/@ajpyro

Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini.

Kemaluan tersekat dalam botol plastik
Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik pada Ahad.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.93 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan drastik selepas merekodkan lebih 20 ribu kematian. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.93 juta kes.

Unjuran Pasaran | Bursa tempatan dijangka tinggi minggu ini
Indeks FBM KLCI dijangka diniaga tinggi minggu ini, membina prestasi lebih kukuh dalam pasaran ekuiti, selepas melepasi paras kritikal minggu lalu. Menurut Pencarta Kanan Maybank Investment Bank Bhd Nik Ihsan Raja Abdullah yang dipetik Bernama Bursa tempatan dijangka tidak banyak berubah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam hartanah yang meningkat baru-baru ini.

COVID-19 | Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini. Ia meliputi perintah berkurung pada waktu malam serta kawalan pergerakan ketat yang lain.

Vaksin COVID-19 | Hampir 40 juta dos sudah disuntik di UK
Dalam pada itu, United Kingdom sudah mengedarkan hampir 40 juta dos vaksin COVID-19 kepada penduduk di negara itu. Ia selepas pertambahan lebih 586 ribu dos baharu disuntik pada Ahad.

Saham | Tidak wujud perjanjian penjualan saham
MKD Signature Sdn Bhd (MSSB) masih merupakan pemegang saham utama Mulia Property Development Sdn Bhd (MPDSB) yang memiliki bangunan Exchange 106 di dalam Projek Tun Razak Exchange (TRX). Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan ekoran satu laporan media mengenai penjualan saham milik MSSB iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam MPDSB.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka dalam jajaran kecil
Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika dalam lingkungan 4.1275 hingga 4.1475 minggu ini. Ini ketika pasaran terus memantau perkembangan hasil Bon Perbendaharaan Amerika dan pergerakan harga minyak.

Ramadan | 65 bazar Ramadan beroperasi di Kuala Lumpur
Bazar Ramadan di 65 lokasi di ibu negara dijangka beroperasi dari pukul 3 petang hingga 8 malam. DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah lokasi itu 63 diselia penganjur bazar Ramadan, manakala dua lagi iaitu di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri dan di jalan 4/38a Taman Sri Sinar, Segambut (Wisma Suhati), akan diselia oleh DBKL sendiri.

Sekatan SOP | Polis Brazil serbu kelab malam tak patuh larangan
Pasukan petugas khas polis di Brazil menyerbu sebuah kelab malam di Sao Paulo dan mengusir hampir 100 orang susulan arahan larangan pesta diadakan semasa pandemik COVID-19 dikeluarkan. Serbuan itu membawa kepada beberapa penangkapan yang membolehkan pemilik kelab malam didenda lebih 27 ribu dolar Amerika.

Atlet MMA 'hilang' jari ketika sedang bertarung
Seorang petarung MMA dari Kanada terputus jarinya ketika sedang bertarung dalam satu kejohanan di Philadelphia, Amerika Syarikat, pada Khamis.

UFC 260: Menang KO, Francis Ngannou rampas kejuaraan heavyweight Stipe Miocic
Francis Ngannou berjaya meraih kejuaraan heavyweight UFC selepas menewaskan Stipe Miocic dalam aksi UFC 260 di Las Vegas, pada Ahad.

'Khabib sudah 100% bersara... terima kasih untuk segalanya, sahabatku' - Dana White
Presiden UFC Dana White mengesahkan bahawa juara lightweight Khabib Nurmagomedov sudah bersara sepenuhnya dari sukan MMA.

MMA gesa 'social media influencer' bantu galak masyarakat daftar program imunisasi COVID-19
Setakat 13 Mac, seramai 22.1 peratus populasi negara telah mendaftar untuk menerima vaksin menerusi MySejahtera.

Sukan seni bela diri campuran Malaysia susun strategi kutip pingat tahun depan
MASMMAA akan memberi tumpuan khusus dalam pembangunan di peringkat akar umbi dan atlet arena amatur MMA.

'Matchmaking' pertarungan, apa seterusnya selepas UFC 259?
Setiap kali berakhirnya acara UFC, pasti topik perbualan dan perdebatan di kalangan penganalisis, pengkritik mahupun peminat MMA akan tertumpu kepada apakah langkah seterusnya?

'The Aligator' tidak sabar turun semula ke gelanggang
Beliau kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas mengikuti kem latihan di Akademi Seni Bela Diri Campuran (MMA) Jackson Wink di Albuquerque, New Mexico.

UFC 259: Blachowicz pertahan kejuaraan, Adesanya gagal percubaan jadi 'champ champ'
Juara middleweight UFC Israel Adesanya gagal dalam percubaannya untuk menjadi juara dua divisyen selepas tewas di tangan Jan Blachowicz, dalam aksi UFC 259 pada Ahad.

UFC 259: Tewaskan Megan Anderson, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan featherweight
Amanda Nunes berjaya mengekalkan kejuaraan dunia yang disandangnya selepas menewaskan Megan Anderson dalam aksi UFC 259, di Las Vegas, pada Ahad.

UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight
Petarung Rusia, Islam Makhachev menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan ketiga.