NILAI: Atlet lompat kijang lelaki negara Andre Anura Anuar berhasrat memecahkan catatan peribadi terbaiknya dalam tiga kejohanan yang akan disertainya tahun ini iaitu Sukan Universiti Dunia, Sukan Asia serta Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF).
Andre Anura berkata untuk tujuan itu, beliau kini giat berlatih selain akan ke Jerman pada 10 Jun ini untuk latihan dan perlawanan persahabatan sebagai persediaan awal menghadapi ketiga-tiga temasya sukan.
"Dalam sukan SEA di Hanoi pada 2022, saya merekodkan 16.51 meter manakala pada Sukan SEA tahun ini, walaupun saya berjaya merangkul emas namun saya hanya mampu melakukan catatan 16.06 meter berikutan kecederaan di tumit sebelum perlawanan.
"Jadi sekarang ini saya akan kembali on the track, mungkin sasaran (pecah rekod) dekat tiga-tiga games akan datang," kata atlet kelahiran Sabah itu selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pemenang Pingat pada Sukan SEA ke-32 di bawah Asean Victory Project oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) di sini semalam.
Turut diraikan atlet lempar cakra Queenie Ting Kung Ni dan atlet lompat galah Nor Sarah Adi.
Ketiga-tiga atlet mengambil bahagian dalam Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi dan diberi pendedahan mengenai perkara itu serta menerima makanan seimbang bagi memenuhi keperluan latihan di temasya sukan itu.
Queenie turut berazam memperbaiki rekod kebangsaan miliknya dengan menyasarkan lemparan melebihi 58 meter dalam kejohanan yang akan disertainya tahun ini.
"Sekarang ini saya sedang bersedia untuk menghadapi ATF serta Sukan Asia dan berharap dapat memecahkan rekod kebangsaan," katanya.
Atlet berusia 24 tahun yang berasal dari Sarawak itu melakukan lemparan sejauh 52.36 meter di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam pada Sukan SEA baru-baru ini untuk meraih pingat perak.
Kejohanan ATF dijadual diadakan pada Julai di Thailand manakala Sukan Universiti Dunia dan Sukan Asia akan berlangsung sekitar Julai hingga September depan di China.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Andre Anura ditemui media pada majlis meraikan tiga atlet kebangsaan atas prestasi cemerlang dalam Sukan SEA 2023 di Bandar Enstek, 1 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bergelar ibu, Peleteiro dapat kekuatan untuk buru emas Olimpik
Atlet berusia 28 tahun yang memenangi gelaran Eropah di Rome baru-baru ini, kembali cergas selepas melahirkan anak pada 2022.
Lima kejohanan penentu nasib Andre Anura ke Paris 2024
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar perlu memburu lompatan terbaik dalam lima kejohanan disertai bagi menghidupkan ke Sukan Olimpik 2024 Paris.
Andre Anura idam pecah rekod peribadi tahun ini
Andre Anura kini giat berlatih selain akan ke Jerman pada 10 Jun ini untuk latihan dan perlawanan persahabatan sebagai persediaan awal.
Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.
Muhammad Hakimi perlu berehat lebih tiga bulan selepas pembedahan tumit
Atlet yang merupakan juara bertahan Sukan SEA itu dijangka tidak dapat menyertai edisi Hanoi 2021 pada Mei depan.