awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Api perjuangan Tottenham masih bernyala - Ryan Mason

Astro Arena
Astro Arena
28/04/2023
00:30 MYT
Api perjuangan Tottenham masih bernyala - Ryan Mason
Ryan Mason (tengah) mempunyai barisan pemain yang sanggup berjuang untuk menempatkan Tottenham di peringkat atasan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengikat Manchester United 2-2, awal pagi tadi.
TOTTENHAM 2 MAN UTD 2
Ryan Mason mempunyai barisan pemain yang sanggup berjuang untuk menempatkan Tottenham di peringkat atasan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengikat Manchester United 2-2, awal pagi tadi.
Jaringan Pedro Porro dan Son Heung-min membantu pengurus sementara itu menyekat rentetan kekalahan kelab berkenaan dalam perlawanan sulungnya sejak menggantikan Cristian Stellini.
Mason bukanlah orang asing di kerusi panas Spurs itu apabila pernah memegang peranan serupa ketika pemergian Jose Mourinho dua tahun lalu yang menyaksikannya mengemudi pasukan dalam perlawanan akhir Piala EFL.
Tetapi selepas tumpas 1-6 kepada Newcastle United pada kali terakhir, Mason gembira dengan tindak balas anak buahnya yang cuba menonjolkan kemahuan mereka.
"Dalam bola sepak, anda boleh menang, kalah atau seri tetapi yang paling penting ialah kami bertindak balas bersama-sama," katanya kepada BT Sport.
“Saya mempunyai sebuah pasukan yang sanggup berjuang.
"Saya fikir dalam separuh masa kedua, kami cemerlang dengan karakter yang kami ditunjukkan selepas aksi hujung minggu lalu. Saya harap peminat dapat melihat bahawa hari inikami adalah sebuah unit.
"Pemain-pemain di sana, saya tahu saya mempunyai pemain yang apabila mereka bersatu, mereka adalah barisan yang sangat ampuh.
"Itulah tugas saya, untuk memberi inspirasi kepada mereka dan memastikan kami bertindak sebagai satu pasukan." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Ryan Mason
#Tottenham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan