awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2019
13:39 MYT
Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'
Kempen 'Wanita Besi' diterajui oleh Pantene merupakan hasil kerjasama dengan ASTRO bagi memperkasa wanita untuk menangani cabaran dan kekal aktif dalam sukan.
Arena sukan pada hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan golongan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform dalam memartabatkan golongan wanita di Malaysia.
Realitinya, ramai yang berpendapat bahawa tidak mustahil untuk atlet wanita menjadi penyumbang pingat emas pertama kepada negara menerusi sukan Olimpik.
Serentak dengan itu, keputusan undian menerusi Twitter rasmi Astro AWANI menunjukkan 83 peratus menyatakan persetujuan mereka bahawa wanita mampu berbuat demikian kerana ia bukan sesuatu yang mustahil.
Mungkinkah atlet wanita akan jadi penyumbang pingat emas pertama kepada negara dalam Sukan Olimpik? #WanitaBesi
— Astro AWANI (@501Awani) February 22, 2019
Di Facebook Astro AWANI turut menunjukkan keputusan undian yang positif iaitu dengan jumlah undian 69 peratus dengan beberapa netizen memberi komen ‘Malaysia Boleh!’.
Dalam pada itu, tidak hanya sebagai atlet, malah bidang sukan mampu membuka ruang karier kepada individu selepas persaraan melalui pengalaman-pengalaman yang dimiliki.
Justeru, semua wanita wajar diberi peluang sama rata untuk menjadi seorang atlet profesional setanding dengan golongan lelaki.
Melalui undian yang dibuat berdasarkan kempen kolaborasi Pantene bersama ASTRO: Braids of Strength, rata-rata netizen mempunyai pandangan dan pendirian sendiri berhubung persoalan sama ada wajar atau tidak wanita perlu diberi peluang sama rata untuk menjadi atlet profesional.
86 peratus netizen di Twitter mengundi bahawa wanita patut diberi peluang sama rata untuk menjadi atlet professional; manakala keputusan di Facebook menunjukkan 76 peratus netizen menyokong perkara itu.
Wajarkah semua wanita diberi peluang sama rata untuk menjadi atlet profesional?
— Astro AWANI (@501Awani) February 20, 2019
Mereka bersetuju agar peluang itu diberikan kepada golongan wanita dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi atlet seperti Datuk Nicol David, Farah Ann dan Pandelela Rinong.
Kata mereka, peluang sedemikian akan memberi peluang lebih ramai atlet wanita untuk mengukir kejayaan dan berjaya dalam sukan.
Usaha ini sama sekali akan membantu dalam mengatasi penurunan jumlah atlet wanita yang dilihat semakin berkurangan berbanding atlet lelaki.
Selain itu, netizen turut berpendapat untuk terlibat dalam sukan, seseorang wanita itu perlu mempunyai bakat, minat dan kebolehan untuk bersukan.
Sokongan daripada pelbagai pihak seperti keluarga dan persatuan-persatuan sukan juga memainkan peranan penting kerana ia mampu membawa atlet wanita lebih kompetitif untuk berjuang di pentas antarabangsa.
Untuk berjaya, golongan wanita juga perlu sentiasa positif dan yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Jangan sesekali berfikiran bahawa sukan menjadi halangan kaum Hawa untuk tampil feminin, ayu dan cantik.
69 peratus undian melalui Facebook Astro AWANI menunjukkan sebahagian besar netizen tidak bersetuju sukan menjejaskan keayuan wanita.
Di Twitter pula berjaya mengumpul undian 52 peratus tanda tidak setuju netizen wanita akan kelihatan maskulin dalam sukan.
Benarkah penglibatan dalam sukan menjadikan seseorang wanita itu kelihatan lebih maskulin?
— Astro AWANI (@501Awani) February 20, 2019
Meskipun ada yang berpendapat bersukan menjadikan wanita kelihatan maskulin, ia tidak seharusnya dijadikan alasan utama untuk seseorang itu mengelak untuk menjadi lebih aktif.
Selain menyihatkan tubuh badan, sukan mampu menjadi awet muda dan lebih manis lagi apabila atlet sukan akan diingati oleh orang ramai dan mereka juga dijadikan idola oleh generasi muda.
87 peratus netizen di Twitter berpendapat bahawa penglibatan dalam sukan mampu meningkatkan keyakinan diri wanita.
Benarkah penglibatan dalam sukan meningkatkan keyakinan diri terutamanya wanita?
— Astro AWANI (@501Awani) February 22, 2019
Sukan memberi banyak kelebihan untuk seseorang individu terutama untuk percaya dengan keupayaan diri sendiri dan tampil lebih yakin serta bersedia mengatasi pelbagai cabaran dan kekecewaan.
Secara keseluruhannya, sukan bukan sesuatu yang merugikan baik kepada diri atlet terbabit secara khusus, malah negara secara am.
Kempen “Wanita Besi” diterajui oleh Pantene merupakan hasil kerjasama dengan ASTRO bagi memperkasa wanita untuk menangani cabaran dan kekal aktif dalam sukan.
Topic Berkaitan
#atlet wanita
#Braids of Strength
#Farah Ann
#Malaysia Boleh
#memartabatkan golongan wanita
#Nicol David
#Pandelela Rinong
#penglibatan golongan wanita
#wanita besi
#wanita kelihatan maskulin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan