SPORTS
Arne Slot anggap Liverpool di ambang kejuaraan bukan satu kejutan

Slot menegaskan jangkaannya telah dipenuhi, kerana Liverpool mempunyai sejarah mencabar untuk kejuaraan tertinggi. - Foto AP
ARNE Slot mendakwa ia 'bukan satu kejutan' bahawa Liverpool berada di ambang kejayaan Liga Perdana Inggeris usai penghijrahan keluar Jurgen Klopp.
Liverpool berada di ambang untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk kali kedua, dan gelaran liga ke-20 mereka secara keseluruhan, dan mereka boleh disahkan sebagai juara hujung minggu ini, jika mereka menewaskan Leicester City manakala Ipswich Town menewaskan Arsenal.
Jika tidak, kemenangan menentang The Foxes membenarkan The Reds hanya memerlukan tiga mata lagi, dan sebaliknya mereka boleh disahkan sebagai juara jika menewaskan Tottenham hujung minggu depan.
The Reds menduduki tempat ketiga pada musim terakhir Klopp dan tidak ramai yang membayangkan mereka menikmati musim yang begitu dominan musim ini.Slot, bagaimanapun, menegaskan jangkaannya telah dipenuhi, kerana Liverpool mempunyai sejarah mencabar untuk kejuaraan tertinggi.
Sememangnya, sebaik sahaja mereka memenangi Liga Perdana Inggeris, seperti yang tidak dapat dielakkan, mereka akan disahkan sebagai pasukan Inggeris yang paling berjaya bersama sepanjang zaman, kerana mereka akan menyamai rekod 20 kejuaraan liga oleh Manchester United.
Slot memberitahu The Mirror, "Anda menyertai kelab seperti Liverpool, di mana anda rasa sentiasa ada peluang. Tetapi saya juga suka realistik, dan realistik adalah dua musim sebelum ini.
"Berada dalam kedudukan kami sekarang, ia bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan saya." - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami