awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal mampu pintas Liverpool jadi juara EPL

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2024
03:10 MYT
Arsenal mampu pintas Liverpool jadi juara EPL
Arsenal masih ada peluang untuk memintas Liverpool dan menjadi juara EPL. - Foto Sinar Harian/Agensi
GARY Neville berpegang pada ramalannya pada awal musim dan menegaskan Arsenal akan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
The Gunners mengharungi separuh perjalanan liga dengan situasi turun naik dan kini berada di kedudukan ketiga EPL sembilan mata di belakang pendahulu Liverpool menjelang pertembungan mereka dengan Brentford pada Khamis.
Liverpool telah mempamerkan kejutan pada musim pertama mereka di bawah Arne Slot apabila telah memenangi 14 daripada 18 perlawanan mereka setakat ini.
Bagaimanapun, Neville percaya pasukan kendalian Mikel Arteta itu akan merangkul kejuaraan EPL pertama mereka dalam tempoh 21 tahun.
"Kadang-kadang mereka (Arsenal) melalui detik sukar. Liverpool adalah pasukan pilihan dan mereka berada dalam prestasi yang hebat, tetapi perjalanan liga masih jauh lagi untuk ditempuhi.
"Arsenal telah melalui beberapa tahun berada di kedudukan kedua kebelakangan ini. Mereka sudah terbiasa dan kadangkala apabila anda menang kali pertama ia tidak berlaku dalam cara yang paling dijangka. Perkara tidak dijangka boleh berlaku," kata Neville yang juga bekas pemain pertahanan Manchester United.
Apabila ditanya apa yang boleh menggagalkan cabaran Liverpool, Neville menegaskan kecederaan kepada kapten mereka yang juga pertahanan kental, Virgil van Dijk akan menjadi faktor utama.
"Van Dijk. Itu perkara yang menonjol untuk saya bahawa (jika) Van Dijk cedera ia akan menjadi cerita yang sama sekali berbeza," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Arsenal
#Liga Perdana Inggeris
#Gary Neville
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan