SPORTS
Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera

ARUL: Saya mempunyai beberapa perancangan. Saya berharap AHF menetapkan tarikh. Saya tidak pasti apa yang menyebabkan mereka mengambil masa untuk mengumumkannya. - Gambar fail
KETUA jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj, dhimpit dilema tatkala menanti penuh debar sama ada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) tetap diteruskan berlangsung di Dakar, Bangladesh, Mac depan ataupun sekali lagi menjadi mangsa penundaan buat kali kedua.
Ura-ura kejohanan itu bakal ditunda sekali lagi bertiup kencang kerana setakat ini hanya tiga negara sahaja yang mampu mengesahkan penyertaan sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.
Jika ia diteruskan, maka Arul pasti berdepan masalah untuk menghimpunkan pemain memandangkan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), khususnya di Lembah Klang.
Ia tidak termasuk proses membuat permohonan menyertai kejohanan ke luar negara kepada pihak Kastam dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami