GELAGAT pasangan luncur ais berbunga (figure skating), Tessa Virtue dan Scott Moir, yang umpama berasmaradana di gelanggang ais Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang kelmarin, mencetuskan sensasi internet.
Malah, kalau ada yang harus paling diingati daripada temasya kali ini, ia tidak lain daripada apa yang berlaku di Gangneung Ice Arena itu, tempat berlangsungnya acara tarian ais ‘short dance’ dan ‘free dance’ yang terus menjadi tular hingga ke hari ini.
Mula-mula ia menimbulkan gempar apabila Gabriella Papadakis, yang berpasangan dengan Guillaume Cizeron selaku wakil Perancis, terlucut blausnya ketika beraksi hingga menampakkan sebelah payudaranya. Papadakis meneruskan persembahannya hingga tamat seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Namun, harus tiada yang dapat mengatasi persembahan pasangan Virtue dan Moir yang diiringi lagu Roaxanne" dan "Come What May" daripada runut bunyi filem Moulin Rouge itu, sehingga seorang penulis blog deadspin.com, Barry Petchesky, bersumpah bahawa ia hampir kepada simulasi perlakuan seks di atas permukaan ais yang menjadi tontonan berjuta-juta di seluruh dunia.
Dua hari selepas persembahan memukau mereka dalam acara final tarian bebas itu, keintiman pasangan dari Kanada itu terus menjadi tular di seluruh dunia hingga menarik jutaan untuk menonton rakaman acara berkenaan buat kali pertama.
Virtue dan Moir memenangi pingat emas dengan catatan rekod dunia 206.07 mata – mengatasi rekod dunia 205.28 yang dilakukan pasangan Papadakis-Cizeron hanya beberapa minit sebelum persembahan mereka.
Tontonan klip video persembahan mereka menerusi Youtube mencatat angka ratusan ribu, dengan ramai yang berbuat demikian selepas ia menjadi heboh – barangkali sebahagian besar mereka bukan pun peminat luncur ais berbunga!
Apa yang menjadi tular di media sosial boleh dirumuskan sebagaimana berikut:
• Virtue dan Moir telah mencairkan hati ramai penonton Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang dengan rutin mereka yang romantis dan mengghairahkan;
• Bersama-sama, mereka telah menonjolkan diri selaku atlet paling diraikan dalam sejarah temasya berkenaan dengan keintiman yang terserlah;
• Virtue dan Moir telah berganding selaku pasangan luncur ais berbunga sejak kanak-kanak lagi yang mendorong pengguna Twitter mencadangkan agar kedua-duanya berpacaran atau berkongsi sebagai teman hidup;
• Kedua-duanya bertegas bahawa hubungan mereka tidak lebih sebagai atlet, namun ramai yang enggan mempercayai mereka;
• Virtue, 28, dan Moir, 30, memiliki lebih keintiman dalam satu persembahan sekitar empat minit daripada keseluruhan filem trilogi ‘50 Shades’ yang didasarkan kepada novel erotik oleh E. L. James.
Peminat Sukan Olimpik Musim Sejuk sebelumnya digemparkan oleh permusuhan dua peserta luncur ais berbunga Amerika Syarikat, Tonya Harding dan Nancy Kerrigan, menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Lillehammer 1994.
Bekas suami Harding telah mengupah seseorang untuk mencederakan Kerrigan dengan niat menghalangnya bertanding. Namun, Kerrigan sempat pulih untuk memenangi pingat perak dalam temasya itu sambil Harding hanya mendapat tempat kelapan.
Di sebalik permusuhan Harding-Kerrigan itu diabadikan dalam filem bertajuk “I, Tonya” tahun lalu, ia tidak akan dapat mengatasi kisah ‘asmara’ Virtue-Moir ini.
Salah satu rutin mereka dalam acara akhir itu yang menyaksikan Virtue duduk di atas bahu Moir dengan menghadapinya, hampir digugurkan tetapi kedua-duanya memilih untuk mengekalkannya.
“Ia satu penghargaan bahawa anda berasakannya apabila menonton kami beraksi,” kata Virtue. “Kami sangat gembira untuk beraksi bersama dan pastinya kami suka melakukan satu pengkisahan.”
Moir pula merumuskan reaksi ramai adalah satu petanda satu tugas yang mereka sempurnakan.
“Itu adalah satu cerita yang kami cuba kisahkan, jadi saya benar-benar amat gembira yang anda sukakannya,” katanya.
Seks, atau bayangannya sekalipun, tetap laris di gelanggang sukan.
Astro Arena
Fri Feb 23 2018
Pasangan luncur ais dari Kanada, Tessa Virtue dan Scott Moir, semasa beraksi pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, 20 Feb, 2018. REUTERS
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Asmaradana di atas ais cetus sensasi internet
Malah, kalau ada yang harus paling diingati daripada temasya kali ini, ia tidak lain daripada apa yang berlaku di Gangneung Ice Arena itu.