SEBAGAI sebahagian daripada pelancaran saluran baru Astro Arena 2, Astro telah mendapat hak penyiaran Liga Thai bagi musim 2021/22.
Memberikan keutamaan kepada Chonburi FC dan Police Tero FC, kelab yang diwakili dua pemain negara, Junior Eldstal dan Dominic Tan, perlawanan akan ditayang secara langsung bermula 1 Oktober 2021.
Perlawanan Piala FA Thai dan Piala Liga yang terpilih melibatkan kedua-dua kelab turut akan disiarkan juga.
Setelah mendengar berita itu, Eldstal menyatakan kegembiraannya, "Saya bersyukur dapat bermain untuk Chonburi FC, sebuah kelab besar di Liga Thailand. Saya berharap dapat melakukan yang terbaik di padang setiap kali saya diberikan peluang, lebih-lebih lagi kerana rakyat Malaysia kini dapat menonton saya bermain."
Dominic turut menyuarakan kegembiraan di sebalik pengumuman tersebut dan berkata, "Ini adalah musim ketiga saya bersama Police Tero FC dalam liga yang sangat kompetitif. Berita ini telah menaikkan semangat saya untuk membuktikan kemampuan saya di hadapan peminat Malaysia."
Astro Arena 2 (CH802) sebahagian daripada Family Pack untuk dinikmati seluruh pelanggan Astro.
Ia menampilkan liputan sukan tempatan serta persembahan studio langsung untuk acara sukan tempatan dan antarabangsa dalam format baru.
Astro Arena
Fri Sep 24 2021

Keutamaan diberi kepada Chonburi FC dan Police Tero FC, kelab yang diwakili dua pemain negara iaitu Junior Eldstal (kiri) dan Dominic Tan. - Foto Astro ARENA
Tindakan peniaga jagung hina kaum india keterlaluan - Gobind
Pemilik gerai yang didakwa menghina komuniti India baru-baru ini perlu diambil tindakan segera.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.
Wanita disyaki buang bayi di perhentian bas ditahan
Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus George Town, pada Ahad.
Tiada rombakan Kabinet negeri dilakukan - Abang Jo
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Ahad.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.

KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat
KPDN akan bekerjasama dengan MOF untuk mengenal pasti lebih banyak premis yang boleh dilibatkan dalam pelaksanaan SARA, khususnya di kawasan pedalaman serta luar bandar.

Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Polis mengesahkan seorang pemotong rumput menemukan sebutir bom tangan di kawasan sekitar susur keluar Plaza Tol Bukit Besi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), Dungun hari ini.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
10 Berita Pilihan - (16 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Astro Arena siar aksi Liga Thai bermula Oktober
Memberikan keutamaan kepada Chonburi FC dan Police Tero FC, perlawanan akan ditayang secara langsung bermula 1 Oktober 2021.