PENJAGA gol The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat, meminta rakan di barisan pertahanan mengikat pergerakan lincah dua bintang tempatan Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Malam ini.
Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek berkata, dua pemain tersebut iaitu penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha dan Wan Zack Haikal Wan Noor, mampu meranapkan impian TRW jika dibiarkan bebas tanpa kawalan ketat barisan benteng Kelantan.
“Kami perlu merantai pergerakan lincah Mat Yo (Norshahrul Idlan) dan Wan Zack Haikal yang semakin menjadi-jadi dalam saingan Liga Super musim ini. Dua pemain ini juga tidak asing dengan corak permainan Kelantan kerana pernah bersama-sama menjulang nama TRW.
“Saya harap rakan sepasukan terutama barisan pertahanan tidak memberi ruang langsung kepada dua pemain ini untuk bergerak bebas,”katanya.
Selain itu, Apek juga menamakan Zah Rahan Krangar dan Mohd Hadin Azman mampu memberi banyak masalah kepada TRW melalui hantaran cantik yang boleh mengancam kubu Kelantan.
“Pemain import mereka, Zah Rahan, cukup berpengalaman dan Mohd Hadin telah membuktikan gandingan mereka berdua cukup berbisa jika diberi banyak masa oleh pertahanan lawan,” katanya.
Ditanya mengenai aksi di atas padang rumput tiruan mampu menjejaskan permainannya, penjaga gol kebangsaan itu menafikannya kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dan menggesa rakan sepasukan untuk cepat menyesuaikan diri.
"Insya-Allah, kami perlu cepat menyesuaikan diri dan saya percaya pemain TRW sudah cukup berpengalaman beraksi atas padang tiruan"
Astro Arena
Sat Feb 11 2017
APEK: Kami perlu merantai pergerakan lincah Mat Yo (Norshahrul Idlan) dan Wan Zack Haikal yang semakin menjadi-jadi.
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
JDT kekal rekod tanpa kalah, Selangor pamer kebangkitan
JDT menamatkan cabaran saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas merakam kemenangan kesembilan apabila membelasah Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan
Melihat pada keputusan dua perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, senario itu pasti akan meresahkan mana-mana pasukan.
Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir
Skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan.
12 pasukan Liga M lengkap proses penswastaan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab.
TEMCO Kedah: Persiapan Lang Merah tidak terjejas, sedia hadapi Sabah
Pasukan Lang Merah itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata dalam perlawanan akan datang untuk berada selesa dalam saingan liga.
COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan
Wabak COVID-19 menyebabkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kerjasama dengan penaja kekal terjalin.
JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super
JDT memutuskan untuk menghentikan sementera penjualan tiket perlawanan akan datang membabitkan aksi skuad Harimau Selatan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim.
Isu denda: Felda United kemuka rayuan
Felda United mengambil langkah proaktif dalam menangani isu pemotongan geran selepas menjadi pasukan pertama mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini.
JDT kembali kuasai carta Liga Super
Kemenangan kelima dari enam perlawanan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 16 mata, dengan pencabar terdekat Pahang ketinggalan dua mata di tangga ked