awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida

Bernama
Bernama
25/03/2023
02:40 MYT
Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Muhammad Azeem Mohd Fahmi. - Foto Facebook Auburn Track & Field
KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 100 meter (m) pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi (3 pagi waktu Malaysia).
Pada kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track di Tallahassee, Florida, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat (s) sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.
Lebih manis, ia merupakan kemenangan sulung buat atlet berusia 18 tahun itu yang membuat debut kejohanan luar dewan di bumi 'Uncle Sam' itu selepas tiga penampilan dalam acara 60m dalam dewan sebelum ini.
Tempat kedua acara itu dimenangi Andre Ewers (10.49s) manakala tempat ketiga dimenangi Trei Thorogood (10.51s) mewakili Universiti Syracuse.
Bulan lepas, Azeem menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat selepas memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60m lelaki dalam dewan miliknya sendiri pada kejohanan Tiger Paw Invitational.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azeem Fahmi
#Amerika Syarikat
#Universiti Auburn
#pelari pecut negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan