awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni akur pengakhiran tanpa kilauan pingat

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2023
02:50 MYT
Azizulhasni akur pengakhiran tanpa kilauan pingat
Azizulhasni akur menduduki tangga kesembilan acara pecut individu dan keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow. - Foto Astro ARENA
JAGUH negara, Datuk Azizulhasni Awang menoktahkan perjuangannya pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland tanpa sebarang pingat.
Azizulhasni terpaksa akur apabila mengakhiri acara kegemarannya, keirin di tangga kesembilan - kedudukan yang sama diraihnya dalam saingan pecut individu pada Isnin lalu.
"Tempat kesembilan untuk acara keirin dan juga tempat kesembilan untuk acara pecut individu. Bukanlah keputusan yang saya mahukan untuk penampilan terakhir pada Kejohanan Dunia ini.
"Namun saya harus menerima dengan hati yang terbuka. Kita merancang, ALLAH merancang dan ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
"Dari sudut yang positif, saya masih mendapat banyak kutipan mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Terima kasih atas sokongan dan doa dari anda semua serta ribuan maaf atas prestasi di sini (Glasgow)," tulis Azizulhasni dalam laman Facebooknya.
Pada awal pagi Khamis, Azizulhasni yang juga juara dunia edisi 2017 gagal melayakkan diri ke pentas final apabila menduduki tangga keempat dalam saingan separuh akhir.
Sebelum itu, Azizulhasni tidak berdepan masalah di peringkat suku akhir selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik untuk mara ke separuh akhir.
Namun, Azizulhasni gagal 'menyelit' dalam kelompok tiga terbaik di peringkat separuh akhir yang menyaksikan penyandang juara, Harrie Lavreysen dari Belanda, Jack Carlin (Britain) dan Kevin Quintero (Colombia) meloloskan diri ke final.
Dalam aksi klasifikasi tempat ketujuh hingga ke-12, Azizulhasni mengakhiri perjuangannya di Velodrom Sir Chris Hoy di tempat kesembilan di belakang pelumba Australia, Matthew Glaetzer dan Kaiya Ota dari Jepun.
Pada Isnin lalu, kemenangan pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu ke atas Thomas Cornish dari Australia di pusingan kedua acara pecut individu dibatalkan.
Ia susulan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu didakwa melakukan kesalahan apabila memasuki lorong Cornish di laluan lurus selepas selekoh terakhir. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023
#Azizulhasni Awang
#keirin
#pelumba basikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan