awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni gagal pertahan gelaran juara dunia

Bernama
Bernama
01/03/2018
20:55 MYT
Azizulhasni gagal pertahan gelaran juara dunia
Azizulhasni dijadualkan beraksi dalam acara pecut 200m pada Jumaat. - Gambar fail
Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Azizulhasni Awang gagal mempertahankan gelaran juara dunia dalam acara keirin selepas tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Trek Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2018 di Apleldorn, Belanda, malam tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Omnisport, Azizulhasni itu turut tersingkir pada saingan penyisihan (repechage) selepas berada di belakang pelumba Ukraine, Andrii Vynokurov dengan catatan masa 10.287 saat.
Terdahulu, pelumba yang mendapat jolokan 'The Pocket Rocketman' itu tewas kepada Fabian Hernando Puertas Zapata dari Colombia dan pelumba New Zealand, Jordan Castle selepas mencatatkan masa 10.598 saat di pusingan pertama saringan keenam.
Selain Azizulhasni, Shah Firdaus Muhammad Shahrom juga gagal ke pusingan kedua selepas turut tersingkir pada saingan penyisihan.
Antara pelumba yang layak ke pusingan kedua saringan pertama adalah Matthew Glaetzer (Australia), Fabian Hemandi Puertas Zapata (Colombia), Juan Peralta Gascon (Sepanyol), Maximilian Levy (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun) dan pelumab tuan rumah, Harrie Lavreysen.
Dalam saringan kedua pula ialah pelumba yang layak ialah Hugo Barrette dari Kanada, Jack Carlin (Great Britian), Joachim Eilers (Jerman), Tomoyuki Kawabata (Jepun), Matthijs Buchli (Belanda) dan Andrii Vynokurov (Ukraine).
Azizulhasni, yang dinobatkan sebagai Alet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2017, malam tadi, dijadualkan beraksi dalam acara pecut 200m pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Andrii Vynokurov
#Azizulhasni Awang
#basikal
#Belanda
#Dunia
#Juara
#keirin
#Kejohanan Trek Dunia
#UCI
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan