Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan kedudukan sebagai pemain perseorangan nombor satu dunia sejak 9 Jun lepas dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (WBF) pada Khamis.
Chong Wei, pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 bulan lepas, mengumpul 91,773 mata selepas beraksi dalam 14 kejohanan.
Jaguh Olimpik Rio, Chen Long dan Lin Dan, kedua-dua dari China, masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga dengan mengumpul 86,984 dan 77,188 mata.
Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong, yang turut merangkul pingat perak di Rio, mengekalkan kedudukan di tangga keempat untuk minggu keempat berturut-turut selepas mengumpul 63,237 mata.
Juara remaja dunia, Goh Jin Wei, yang menjadi naib juara Indonesia Masters baru-baru ini, melonjak 14 anak tangga untuk menghuni ranking ke-36 dengan 31,706 mata.
Pemain perseorangan wanita utama negara, Tee Jing Yi mengekalkan kedudukan di tangga ke-29 dengan 34,885 mata manakala beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei turut mengekalkan ranking ke-13 dengan 48,917 mata.
Pemenang pingat perak Sukan olimpik Rio, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying juga kekal di tangga kelapan dengan 61,920 mata manakala Tan Kian Meng/Lai Pei Jing melonjak enam anak tangga untuk menghuni ranking ke-18 dalam acara beregu campuran. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2016
Chong Wei, pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 bulan lepas, mengumpul 91,773 mata selepas beraksi dalam 14 kejohanan. - Foto REUTERS / Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tokyo 2020: Viktor Axelsen bukti keunggulan gondol emas nafi juara bertahan
Viktor Axelsen mengetepikan juara bertahan, Chen Long, untuk menggondol pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kemenangan 21-15, 21-12, malam ini.
Tokyo 2020: Zii Jia mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Lee Zii Jia mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.
Tokyo 2020: Zii Jia ditewaskan idolanya, Chen Long, dalam pusingan kalah mati
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas ditewaskan pemain dari China, Chen Long dalam Pusingan 16 terbaik sebentar tadi.
Olimpik Tokyo: Misi buru pingat emas diteruskan, berikut jadual pertandingan pada Khamis
Selain perlawanan kalah mati di antara Zii Jia dan Chen Long, berikut adalah pertandingan yang akan dimainkan oleh atlet tanah air esok.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia jumpa Chen Long dalam pusingan awal kalah mati
Sekiranya Zii Jia mengungguli peringkat kumpulan, beliau mungkin akan membuat perhitungan awal dengan juara bertahan Chen Long.
Lin Dan rangkul kejuaran Terbuka Malaysia yang kedua
Lin Dan menamatkan kemarau gelaran selepas menewaskan Chen Long di final Terbuka Malaysia.
China rangkul Piala Thomas buat kali ke-10
China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Impact Arena di sini, hari ini.
BAM sedia bayar denda kepada BWF
Sebelum ini badan induk sukan itu telah menulis surat kepada BWF supaya mengkaji semula peraturan baharu itu, namun masih belum menerima sebarang jawapan.
Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF
Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil faktor usia dan ketahanan fizikalnya.