SUKAN
Badminton Masters China: Lee Zii Jia akur terpaksa tarik diri

Lee Zii Jia tersingkir dari Kejohanan Badminton Masters China 2025 selepas tewas kepada pemain Taiwan, Lin Chun Yi. - Stadium Astro
LANGKAH perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, terhenti selepas tewas kepada lawan dari Taiwan, Lin Chun Yi, dalam Kejohanan Badminton Masters China 2025 di Arena Shenzhen, sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Lee Zii Jia tersingkir dari Kejohanan Badminton Masters China 2025 selepas tewas kepada pemain Taiwan, Lin Chun Yi, dalam perlawanan tiga set yang berlangsung selama 57 minit.
- Zii Jia menang set pertama 21-17, namun tewas sengit di set kedua 21-23 dan terpaksa menarik diri di set ketiga ketika ketinggalan 6-14 akibat kecederaan.
- Lin Chun Yi mara ke pusingan 16, dan bakal berdepan sama ada Kenta Nishimoto dari Jepun atau Jonatan Christie dari Indonesia.
Chun Yi Kembali memperkemaskan aksinya dalam set kedua yang sengit berlangsung hingga kedua-dua mereka terikat 20-20, kelebihan berpihak kepada wakil Taiwan 23-21 untuk pertarungan dibawa ke set penentuan.
Momentum itu diteruskan wakil Taiwan apabila mendahului 14-6, namun Zii Jia terpaksa mendapatkan rawatan di tepi gelanggang dan menyaksikan dia tidak dapat meneruskan permainan susulan masalah kecederaan.
Kenta Nishimoto dari Jepun ataupun pilihan kelima kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie, menanti Chun Yi dalam saingan pusingan 16 esok. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami