awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Piala Sudirman: Malaysia tewas kepada Jepun

Astro Arena
Astro Arena
01/05/2025
08:20 MYT
Badminton Piala Sudirman: Malaysia tewas kepada Jepun
Jepun mengesahkan kemenangan selepas beregu wanita, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, menewaskan gandingan negara, Pearly Tan-M. Thinaah. - Foto BAM
SKUAD badminton negara menamatkan saingan peringkat awal Piala Sudirman 2025 selaku naib juara Kumpulan C selepas tewas 2-3 kepada Jepun di Xiamen, China sebentar tadi.

Ringkasan AI
  • Skuad negara tewas tipis 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat awal di Xiamen, China.
  • Jun Hao menewaskan bintang Jepun, Kodai Naraoka, sementara beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut menyumbang mata pertama buat Malaysia.
  • Malaysia gagal menambah mata selepas perseorangan wanita dan beregu lelaki serta wanita mengalami kekalahan, membolehkan Jepun meraih kemenangan 3-2.

Beregu campuran, Chen Tang jie-Toh Ee Wei, memberikan mata pertama buat skuad negara apabila berhasil menewaskan Hiroki Midorikawa-Arisa Igarashi 21-19, 21-18.
Perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, kemudian mencipta kejutan menumbangkan bintang utama Jepun, Kodai Naraoka, 21-8, 13-21, 21-18.
Bagaimanapun, angin tuah mula memihak Jepun sebaik perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, tewas 14-21, 17-21 kepada Tomoka Miyazaki.
Lebih menyukarkan keadaan Malaysia apabila beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas 21-12, 20-22, 21-23 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
Jepun mengesahkan kemenangan selepas beregu wanita, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, menewaskan gandingan negara, Pearly Tan-M. Thinaah, 21-18, 18-21, 21-18. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Badminton Piala Sudirman
#Malaysia tewas di tangan Jepun
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan